BannerFans.com

Newcomer lagi......

Thursday, July 17, 2008


Assalamualaikum Wr.Wbt

Pada 27 Jun 2008 ( Jumaat ) keluarga kami telah menerima seorang lagi baby boy yang latest yang diberi nama ALI NAUFAL bermaksud ( ALI= ketinggian / menantu dan sahabat Nabi, NAUFAL= dermawan ). Anak ketiga Balong dan Kak Mar. Selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya tepat jam 1.55 petang dengan berat 3.39 Kilogram dan kelahiran adalah normal. Ali Naufal juga merupakan cucu lelaki ketiga bagi keluarga kami....oraiiittttttt…….

p/s: pasni shauqi jadi abang ngah roqaiyah plak jadi kak long...

Protes Rakyat Malaysia...





Rakyat Malaysia digemparkan dengan penangkapan Dato' Seri Anwar Ibrahim pd 16 Julai 2008 jam 1 petang atas laporan liwat oleh Saiful budak mentah. Cara penangkapannya membuatkan rakyat menjadi bingung skali. Aku sendiri difahamkan cara penangkapannya tak ubah seperti menangkap seorang ketua militan yg amat dikehendaki. Mana tidaknya seramai kira2 puluhan anggota khas siap bertopeng xubah seperti dlm filem S.W.A.T tu menyerbu dan menangkap DSAI beberapa kilometer dari rumah DSAI yg ketika itu dlm perjalanan pulang dari pejabat BPR ke kediamannya di Bukit Segambut. Padahal pihak polis menyatakan “itu adalah prosedur biasa” yg dilakukan oleh pihak kami. Pada malam tu Aku dgn Bangah pun pergi melihat keadaan yg berlaku di depan IPK Jln Hang Tuah. Rupanya ramai lagi rakyat yg tidak puas hati diatas penangkapan DSAI. Mereka membakar lilin bg menunjukkan protes beramai2 dihadapan IPK Jln Hang Tuah. Malah telah ramai anggota polis beruniform, preman, dan anggota FRU mengawal dihadapan pintu masuk IPK itu. Terdapat beberapa buah trak FRU juga telah bersedia pd bila2 masa untuk bertindak (semburan ‘MAUT’) seolah-olah rakyat M’sia ini ingin membuat huru-hara sedangkan hanya menyalakan lilin dan duduk di kaki lima jalan untuk menyatakan protes sahaja . Tetapi semua keadaan dpt dikawal diatas kerjasama dan disiplin yg tinggi ditunjukkan oleh orang ramai. Setelah beberapa jam Aku dan Bangah disitu, dan beberapa maklumat yg kami dapat mengenai DSAI, kami pun pulang dengan memikirkan apakah yg akan berlaku pada politik M’sia pada masa kini? Hanya disebabkan laporan oleh seorang yg di ‘kambing hitamkan’ oleh ‘pihak tertentu’ boleh menyebabkan Negara M’sia yg tercinta boleh menjadi huru-hara. Mana perginya ‘kambing hitam’ itu? Lu Fikir La Sendiri!!! Acu@Donut…

p/s : 16 Julai hari jadi Acu..hihihi

Harta Pusaka



Pada 30 jun yg lalu, kami sekeluarga telah pun pergi ke Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah, Melaka untuk membuat satu perjanjian pembahagian harta pusaka arwah Datuk, Nenek dan Ayah kami. Semua adik beradik arwah Ayah pun berada sekali ketika pembahagian harta pusaka itu. Perjanjian ini dilakukan di mahkamah kecil di dalam pejabat itu. Setelah kira2 satu jam, semua bersetuju dan mengambil ikrar pembahagian harta pusaka itu. Akhirnya semuanya selesai diatas persetujuan adik beradik dan keluarga semua. Semua pihak telah mendapat hak masing2 dan amat berpuas hati termasuklah keluarga kami.

p/s : jgn jadi macam dalam drama melayu tu, bergaduh pasal harta last2 hidup merana…

Ubah Gaya Hidup Anda (saranan kerajaan)

Sunday, July 13, 2008

Oleh kerana harga minyak naik sekaligus akan menaikkan juga harga yang lain2, berikut adalah cara2 nak saving dengan mengubah cara hidup anda spt yg dipromotekan oleh kerajaan.
"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"

Part A (Kenderaan)

1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil
etc)

2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik moto

3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal

4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki

5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)

6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta.
Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1


Part B (Elektrik)

1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar
lagi lepas tu.

2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc).
Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.

3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri hehehe

4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda.
Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo beskal tuh. Kalau anda
bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai
mengayuh beskal.

5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)

6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau ..recharge je hp atau barang2 elektrik anda kat opis atau di tempat2 awam yg ada soket
elektrik (hospital, balai raya, Pejabat YB) haha keraja*n akan tolong
bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?

7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg
berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.


Part C (Makanan)

1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda. *Nota - tanam orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.

2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan mentah pon ok gak kalau lalu.

3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam sekeliling rumah la.

4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau jamuan. Tak de jamuan jgn pergi..

5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil atau doa selamat mesti ada paling koman nasik lemak bungkus atau
pisang.

6) Kalau VIP/ YB kawasan anda buat open house. Jgn lupa bawak
tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara hidup" kepada VIP/YB anda.

7) Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi,tghhari dgn malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095 Wuiii save gileerr...