BannerFans.com
Showing posts with label futsal. Show all posts
Showing posts with label futsal. Show all posts

Lepak - hibernasi.

Sunday, May 30, 2010

Tengah hari tadi adalah perlawanan terakhir liga futsal universiti. dapat jugaklah aku memanaskan badan kat dalam indoor court tu. semua perlawanan yang berlangsung harini adalah yang terakhir. seluar 3 quater adidas yg aku baru beli minggu lepas dah koyak kat lutut. demmit!. baru sekali pakai dah koyak pasal aku kena hard takle tadi. takde apa-apa lah. melecet kat lutut je. first time aku main futsal dapat luka kat lutut sejak dari mula liga tahun lepas.


gambar candid je.tengah berbincang apa ntah.

memanaskan badan dulu sementara team opponent belum sampai.

keeper dah standby dah.*gambar ni di upload atas permintaan keeper itu sendiri iaitu Alan.poyo ahh.haha

Lepas ni dah abis semester. aku tinggal 1 presentation dan 1 lagi paper sebelum aku merasakan pra-merdeka - kena tunggu result baru rasa merdeka beb! tapi aku masih takde terfikir pasal tiket balik lagi. aku plan nak balik sebelum raya atau lepas raya. sebab aku takut result aku kantoi. ada satu paper tu aku memang betul-betul risau.

Sekarang ni hujan pulak turun tak henti-henti. dalam 2 - 3 hari ni asyik mendung je. suhu drop sampai 6 degree. badan aku pulak rasa letih je. berbungkus aku dalam duvet (selimut tebal). memang rasa bosan kalau hari-hari macam ni. kadang-kadang macam nak gila pun ada. mana tak nye, kalau hujan je suhu mesti drop gila2. mana boleh tahan. nak keluar rumah memang cari nahas la. sepatutnya sekarang ni dah summer. sebenarnya ramai orang anggap best duk UK sebab ada 4 musim. semua musim suhu lebih kurang je macam winter. ya! tetapi aku sendiri pernah bertanya kat orang sini. diorang cakap " UK weather is so terrible - horrible!hahaha". even ada 4 musim pun tetapi suhu tetap sama.time salji turun dulu suhu -2 degree hingga 5 degree. tapi time summer ni suhu boleh turun sampai 6 degree. lebih kurang je. memang jadi macam memerang je la duk rumah.

Baru aku teringat, harini kat malaysia kawan-kawan sekolah aku buat reunion kat Teluk Kemang, Port Dickson. bestnya dapat keluar rumah enjoy-enjoy kalau kat malaysia. bila dengar pasal reunion ni lagi la aku rasa jeles sangat sebab tak dapat nak join. tapi aku dengar diorang nak buat lagi sekali reunion. berbuka puasa bersama kat melaka. maybe kalau takde aral melintang aku dapat join kot. harap-haraplah. agak-agaklah HH tengah buat apa ehh sekarang ni?. diam je. rindulah kat dia.okay.


tekanan otak

Monday, March 1, 2010

dalam beberapa hari ni aku rasa mcm nk pecah je otak aku.dah la seminggu aku selsema + batuk.tidur ke kiri x boleh ke kanan x boleh.hidung pulak tersumbat.bila aku berdiri xnak pulak ras hidung tersumbat.bila aku baring je ‘dia’ mula buat hal.arhh..dah mcm2 ubat aku amik.paracetamol pun aku telan.ubat selsema klinik al-azim pun aku telan (mok bawak dari malaysia).ubat batuk cap vicks (honey+peppermint) pun dah sebotol aku minum.nak buat mcmnae lagi pun xtau.pasrah je.assignment pulak melambak2 nk kena submit dlm seminggu ni.dengan hydraulic design yg terlalu complicated dan ditambahkan lagi dgn assignment terpaling susah di dunia, operation management (bagi aku lah)..haha..x susah mana pun tapi kerja tu perlu fokus 100% dari 3 bulan yg lalu.tapi ni sbb kerja last minit.padan muka aku dan kawan2 aku (sbb diorg pun sama gak..hahahaha).dengan kesihatan yg sedikit mengganggu ni membuatkan rasa lagi mcm syiall.


Nak di jadikan cerita pulak, sabtu 27/2 semalam ada sports carnival pulak kat Sheffield organize by malaysian student uni of Sheffield.aku pulak main futsal.yg nk pergi dari sunderland ni mmg ramai.tapi masalahnya transport pulak xde.tak cukup lagi 2 kereta @ 9 orang lagi xde transport.kereta aku pulak x boleh nk bawak sebab Awe pakai tuk kerja delivery aritu.terpaksalah pergi sewa kereta.yang kena jadi driver pulak adalah aku.arghhh..terpaksalah buat2 suka padahal malas gila nk drive sbb selsema + batuk ni. Kitorg plan nk bertolak dlm kul 3.30 pagi.tapi last2 kul 5 pagi baru bertolak.ingatkan x sempat sbb masing2 belum pernah smpai sheffield.mmg masing2 speeding kat highway.aku bwk average dalam 90-100mile/hour gak la.tapi seb baik masa tu penyakit aku x buat hal.haha.


Yang paling x boleh blah time tgh main futsal kat ctu salji pulak turun kejap (sbb main outdoor pitch) pastu hujan renyai pulak.sudahhhh.memang rasa lagi nk demam la aku ni.masa balik drive tu seb baik ada sorang member aku x tidur boleh ajak sembang2.mata aku mmg dah mengantuk gila time tu tambah pulak batuk2, penat.disebabkan aku terbaca signboard kat highway tu “tiredness can kill” terus aku ajak member aku sembang sambil makan coklat dan hisap rokok dunhill untuk hilangkan rasa mengantuk dan penat (dalam hati takut ni).kadang2 tgh drive tu pun aku boleh terfikir pasal assignment yg nk kena submit.kepala otak jadi resah je bila teringat.kadang2 aku rasa mcm nk cepat smpai je rumah.aku pecut gak sampai 100 mile/hour.pastu perlahan balik.badan rasa mcm nk patah.kan best kalau kat sini ada tempat urut badan dan reflexsologi.mmg aku akan jadi pelanggan.





Sampai je rumah memang semua penyakit sendi aku dpt rasakan ada dlm tubuh aku.tulang reput pun ada gak.arghhhhhhhh..lepas je aku smpai rumah dalam kul 7 malam lebih, aku mandi2 pastu aku terus tido dlm kul 9 malam.sedar2 dah terang balik.rupanya dah kul 10 pagi.memang x sedar langsung.Alhamdulillah selsema ngan batuk aku x bertambah teruk.semakin kurang aku rasa.Sekarang ni hanya assgnment sahaja yg berlegar2 dalam kepala otak aku!aku kena tenang tapi bertindak dgn bijak sekarang ni.Walau apa2 pun RJ juga yg byk memberi aku semangat tanpa henti2.

Livepool Games-Anfield-Old Trafford

Saturday, November 21, 2009

Walaupun kalah pada second round pertandingan futsal 5 side @ Power League, Liverpool, kami tetap puas sebab dapat pergi sampai tahap tu..Team BlackCat FC mewakili Malaysian student Uni. of Sunderland dalam Liverpool Games kali ni..Selepas semua selesai kat situ, kami berpakat untuk pergi melihat keadaan di Anfield..haha..

First time aku lihat secara dekat stadium yg berdekatan dgn Goodison Park (Everton FC) itu..kecil tetapi kelihatan padat..kami smpai pun dah petang dalam pukul 3.30pm..kat sini kalau dah kul 4 lebih dah gelap dah..so, kami tidak berlengah utk ambil pic byk2 dan membeli sedikit cenderahati kat store anfield sebab balik nanti nak singgah Manchester pulak....Aku memang dah keletihan gila..on the way nk ke manchester tu aku memang xsedar ape dah..tidur je dalam kete..main bola dalam hujan pastu kaki injured pulak..sejuk jgn cakap lah..lagi penat nak tahan sejuk dari main bola..

Sampai je kat Sir Matt Busby Way, Old Trafford dah malam walau jam baru pukul 4.50pm..haha..pelik sikit kat sini..hujan pulak kat sini..masing2 berlari mencari tempat teduh kat depan stadium..paln mula2 memang nk buat tour tapi dah gelap la..dah terlewat nk masuk..aku just masuk kat dalam megastore MUFC je..membeli barang2 kenangan dan ambil pic byk2..hehe...

Memang x percaya aku boleh sampai kat Anfield dan Old Trafford akhirnya..dulu kat Malaysia asik lepak kat mapley tgk bola..pastu pasang angan2 kalaulah aku dpt pergi sana..hahaha...serius mmg mcm mimpi dpt jugak aku jejak kaki kat cni..


Power League Liverpool - outdoor futsal court...best gila..


show your nike 5..tapi aku x pakai nike 5 pun..aku pakai adidas adi5..janji ada 5..haha




BlackCat FC









master of puppet..


semua melekat kecuali aku..


Anfield..klu abg2 aku tgk ni mesti menyirap..kehkeh...

banyak lagi gambar2..tapi xlarat lah nk upload lagi..heh..

p/s:bangah,balong,akram bila mau datang cni la....