BannerFans.com

jambu ke?

Monday, May 24, 2010

godek punya godek, aku pun tak tau apa dah jadi.HAHAHA.hasilnya warna pink jugak.ahhh.aku pun godek lagi last-last warna pink tu jugak yang keluar.malas ah nak fikir benda remeh temeh ni.selagi boleh baca sudah.suka ke?jadi lah....

Ada aku kisah?korang rilek je wehhh!
hahahaha.

Semoga Berjaya!!!

Wednesday, May 19, 2010

Kepada semua student2 tahun akhir Manufacturing Engineering dan Electric & Electronic Engineering aku ucapkan..

Semoga Berjaya Dalam Menghadapi Peperiksaan Akhir..

Semoga semuanya berjalan dgn lancar. Harap dapat menjawab dengan tenang. Buat yang terbaik!!
SEMOGA BERJAYA SEMUA!!
Terima kasih juga kepada semua yang memberi semangat dan sokongan padu kepada aku untuk menghadapi peperiksaan ini.jasa kalian takkan aku lupa.

Ada Style!

Friday, May 14, 2010








Dulu aku pernah berangan nak main bola dgn orang inggeris (sbb terlalu taksub dgn barclays premier league).sekarang dah dpt main sama2.diorang ni memang friendly.padang kat sini memang terbaik.rumput dia macam yang kat stadium old trafford tu.HAHAHA.cuaca memang sejuk sebab padang ni kat tepi laut je.angin kuat.tapi sejuk tu x terasa sangat bila badan dah panas.gambar kat atas tu sebahagian saja dari budak2 mat saleh yg main bola ngan kitorg.yang lain dah balik.memang diorg main bagus.diorg pun puji cara kitorg main.diorg ckp ada class!(serius x tipu.hehe).yang aku ingat nama budak2 tu chris,craig,jeffo,kendo dan loo je.yang lain aku panggil 'mike' je.hahaha.

"hi kim (diorg pggl aku kim),its craig from the rek.will you be down tonight?its the one who plays like ronaldo."selalu craig mesej aku ajak main bola sama-sama.memang craig (yg tgh2 tu - jersi portugal) tu main sebijik macam christiano ronaldo.ada style.kalau x salah aku dia ckp maybe next month dia nk pegi selection untuk sunderland football academy.kalau korang nk tau diorang ni umur average 15-19 tahun je.badan besar bagak!!!seronok dpt main bola kat sini.rasa x penat sgt sbb cuaca sejuk.kadang2 nk keluar peluh pun susah.HEHE.

"we happy that ur cuming down.cheers mate thanks!"

Persahabatan.

Thursday, May 13, 2010

tersenyum,
ketawa,
bersedih,
bergembira,
itu persahabatan..
kerana kita tahu kita tidak bersendirian di dunia.
di dalamnya bisa digali,
tertanam seribu makna,
ada kedamaian,
ada kebahagiaan,
ada kesempurnaan,
ada cerita di sebalik.
cerita yang panjang..
tiada penghujungnya..
walau ombak selalu menghempas pantai,
tapi itu tetap kekasihnya,
tidak pernah akan terpisah.
itu persahabatan..
adakah persahabatan itu hanya sekeping?
bila digenggam akan berkecai...
kita yang menjaganya,
kita yang menyuburkannya,
agar kepingan ini bisa bersatu kembali,
setelah hancur berkeping-keping..
adakah persahabatan itu berjalan seorang diri?
kau pimpinlah tangannya..
agar tiada lagi sendiri..
sekiranya hati berkata,
tentang erti ini,
kau sahutlah..
kerana ia tiada batasnya...
pengertian dari sebuah persahabatan...
-nh-

Erti.

Wednesday, May 12, 2010

dulu aku selalu tertidur,
dulu aku selalu terleka,
dulu aku selalu mengikut,
sehingga ada yang menegur,
ada yang menggoncang aku...
kalian bertanya.
mana pendirianku?
ohh.aku tersedar dari itu.
percaya pada hatimu,
kerana hati tak pernah berbohong.
selayaknya sebuah buku,
bagaimana kita bisa tahu isinya jika kita tak pernah mencuba untuk membacanya,
jadi percayalah...
dan bangkitlah dari segala kegelapan..
kini kau telah meraihnya..
kerana hidup tidak berjalan mundur,
tidak pula berada di masa lalu...
dan biarlah waktu waktu itu berlalu mengganti musim baru,
biar musim ini merangkumi musim yang lalu..
sepatah kata, waktu menentukan erti kehidupan.
-nh-

p/s: buat apis (embunditengahmalam), hah ni yang kau minta td.aku tak byk sgt membaca.hehe.orait.=)

sama tapi tak serupa.


nor afiq haikal


ali naufal

harini aku senang hati nk upload gambar-gambar.tetiba je aku terjumpa gambar ni dalam laptop aku.dua orang sepupu yang sebaya.dua orang yang berlainan tetapi tembam dia sama je.hahaha.diorang ni sebenarnya anak buah aku.masa ni diorg umur nak dekat setahun.sekarang umur dah setahun lebih nak masuk 2 tahun.nak tau sebab apa ek aku upload gambar ni?sbb aku geram ahh!!hahahahahaha.....

tersenyum kembali.


2009 (reunion with ex-smtmt batch 01/02)

aku suka dgn gambar ni.saja je aku masukkan gambar ni sebab aku rasa seronok dan tersenyum sorang2 bila tgk gambar ni.banyak benda yg tergambar tentang gambar ni.gambar ni di ambil masa reunion kat putrajaya sebelum aku fly ke uk.berbuka puasa sama-sama sebelum pergi karaoke ramai2 kat alamanda.ini kali pertama aku jumpa dengan kawan-kawan sekolah sejak abis SPM dulu.semua dah berubah.ada yg sudah bekerjaya.hehe.yang dah kahwin pun ada gak.seronok bila dikenang balik kenangan dulu2.bila agaknya dpt berjumpa lagi dgn korang semua.rindu dgn semua!cheers mate!

fokus

Tuesday, May 11, 2010



adakah aku ni merasa terpaksa untuk menggembirakan dan menenangkan hati?apa lagi yg perlu aku buat sekiranya masih lagi dianggap tidak sepatutnya.mendiamkan diri adalah lebih baik sebenarnya tetapi bagaimana sekiranya aku perlu menghadapai exam yg semakin dekat?.aku perlu bergerak melakukan sesuatu.perlu bercakap dgn orang atau kawan.aku perlu gelak dengan kawan - bercerita dan bergurau sesuatu yang lucu.mendengar lagu-lagu dari mp3 aku.kerana ini semua bukan aku suka-suka inginkan.kadang2 setiap petang bermain bola bersama2 kawan-kawan mat saleh kat padang - seronok bermain dgn orang tempatan yg friendly.ini adalah satu terapi yang bagus bagi aku untuk memfokuskan sesuatu.

sekarang aku perlu berada dalam mood yang baik untuk memfokuskan study aku.hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi untuk aku mencapai cita-cita aku.kerana aku menganggap tiada yang mustahil untuk aku capai sekiranya aku berusaha dan bertawakal dengan sepenuh hati.aku bukanlah seorang yg bijak dan pandai dalam pelajaran.pernah dulu aku dihalau dari kelas sebab melawan cakap cikgu.malah di maki hamun.aku tau aku ni nakal ketika di sekolah.bergaduh ketika di sekolah dan macam-macam lagi.keputusan SPM aku pun teruk - mungkin betul doa cikgu itu yang tidak menghalalkan ilmu dia kat aku.aku tak faham cikgu jenis apa ni.tak ikhlas mengajar kot.aku tak pernah berputus asa.

aku mengambil jalan lain untuk aku meneruskan cita-cita aku.walaupun mengambil masa yg panjang untuk ke peringkat ijazah aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang.impian aku untuk melanjutkan pengajian di luar negara tercapai.aku hanya perlu berusaha untuk menghabiskannya.bersyukur kepadaNya atas apa yg dikurniakan kepada aku.

sangat tidak dilupakan kawan-kawan di malaysia tak kiralah kawan dari sekolah rendah,menengah,ikbn,gmi,uni of sunderland yang banyak memberi aku kekuatan dan keyakinan pada aku.juga kawan-kawan dan orang tersayang yang aku kenal sepanjang aku hidup sehingga hari ini.terima kasih.aku sayang semua!mungkin sekarang ini aku merasa sangat terharu bila mengingatkan balik kenangan-kenangan aku dulu.biar yang buruk ataupun yang baik.

terlalu banyak pengalaman yang aku lalui.ini sangat mematangkan aku.aku bersyukur.aku berasa puas meluahkan sesuatu dalam hati yang terpendam dgn cara ini.masa pantas berlalu.aku tidak punya masa lagi jika terus terleka.fokus!

stay.

Thursday, May 6, 2010



Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay

maaf

sejak akhir-akhir ni memang aku sedang bergelut untuk menyelamatkan sesuatu yang aku anggap sangat serius.selagi aku terdaya, selagi aku belum menutup mata aku akan berusaha memperbaiki dan terus bertahan.keadaan aku yg keseorangan jauh dari keluarga dan kawan-kawan membuatkan aku rasa perlu tabah dalam menghadapinya.
ya! beribu batu jauh aku pergi kerana ingin mengejar cita-cita aku.aku sendiri yg mengambil risiko ini untuk tinggal jauh dari segalanya demi cita-cita.aku perlu tabah.bila berjauhan saja mulalah aku emosi.kadang-kadang emosi ini datang secara tiba-tiba tanpa disedari.
aku minta maaf!
aku masih perlukan kau bersama-sama dengan aku.mungkin ini balasan tuhan kepada aku dari dosa-dosa yang pernah aku buat dulu.'Ya Allah, kau panjangkanlah umurku dalam keadaan yg beriman, kau pendekkanlah umurku juga dalam keaadan yg beriman'.
aku perlukan pertolongan.perlukan sokongan.aku tak kuat nak menghadapi ini sedang aku tiada siapa-siapa disini.aku sangat mengharap dari kau supaya mempertahankan ini bersama-sama.
sangat mengharap!
masa terus berlalu.banyak sudah aku lalui.banyak sudah salah yang aku buat.aku mengaku.aku tak pandai dalam menguruskan hal-hal remeh ini.dari masa-masa inilah aku banyak belajar memahami kau walau banyak lagi aku belum faham dan ia sangat mematangkan aku.
tapi itu usaha aku.usaha yang aku anggap sangat penting untuk ini.
masih lagi tengiang2 di telinga aku.saat kau bercakap sesuatu dengan aku yang kita anggap benda ni sangat serius.aku suka.dari sejak itu aku ingin bertanggungjawab dan berusaha mempertahankan kerana aku tau setiap kata-kata memang mudah diucap tetapi untuk melaksanakan memerlukan pengorbanan yang tinggi.
dari mula lagi aku membuang perasaan-perasaan negatif dan membiarkan minda aku terbuka untuk memberikan aku keyakinan dalam diri.tapi terkadang sikap cemburu itu tetap ada.ikhlas dari aku.walau aku tau kau menganggap yang aku ini tidak akan dapat faham tentang kau.tapi aku tetap bersungguh-sungguh.
tiada siapa dipersalahkan dalam hal ini.aku masih ingin mempertahankannya!tidak ada sedikit pun dalam hati aku ini terlintas untuk pergi.aku nak kau tau yang aku tak pernah berniat untuk menyakiti hati kau.aku mintak maaf sekali lagi.