BannerFans.com

Harta Pusaka

Thursday, July 17, 2008



Pada 30 jun yg lalu, kami sekeluarga telah pun pergi ke Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah, Melaka untuk membuat satu perjanjian pembahagian harta pusaka arwah Datuk, Nenek dan Ayah kami. Semua adik beradik arwah Ayah pun berada sekali ketika pembahagian harta pusaka itu. Perjanjian ini dilakukan di mahkamah kecil di dalam pejabat itu. Setelah kira2 satu jam, semua bersetuju dan mengambil ikrar pembahagian harta pusaka itu. Akhirnya semuanya selesai diatas persetujuan adik beradik dan keluarga semua. Semua pihak telah mendapat hak masing2 dan amat berpuas hati termasuklah keluarga kami.

p/s : jgn jadi macam dalam drama melayu tu, bergaduh pasal harta last2 hidup merana…

Ubah Gaya Hidup Anda (saranan kerajaan)

Sunday, July 13, 2008

Oleh kerana harga minyak naik sekaligus akan menaikkan juga harga yang lain2, berikut adalah cara2 nak saving dengan mengubah cara hidup anda spt yg dipromotekan oleh kerajaan.
"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"

Part A (Kenderaan)

1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil
etc)

2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik moto

3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal

4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki

5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)

6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta.
Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1


Part B (Elektrik)

1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar
lagi lepas tu.

2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc).
Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.

3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri hehehe

4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda.
Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo beskal tuh. Kalau anda
bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai
mengayuh beskal.

5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)

6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau ..recharge je hp atau barang2 elektrik anda kat opis atau di tempat2 awam yg ada soket
elektrik (hospital, balai raya, Pejabat YB) haha keraja*n akan tolong
bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?

7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg
berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.


Part C (Makanan)

1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda. *Nota - tanam orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.

2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan mentah pon ok gak kalau lalu.

3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam sekeliling rumah la.

4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau jamuan. Tak de jamuan jgn pergi..

5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil atau doa selamat mesti ada paling koman nasik lemak bungkus atau
pisang.

6) Kalau VIP/ YB kawasan anda buat open house. Jgn lupa bawak
tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara hidup" kepada VIP/YB anda.

7) Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi,tghhari dgn malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095 Wuiii save gileerr...

street soccer............

Thursday, June 19, 2008



Memang setiap petang sepatutnya aku dpt main street soccer kat gelanggang tennis bawah condo aku, tapi disebabkan kerja final project yg melambak telah membuatkan semua hasrat utk bersukan tergendala.Dah la hobi aku mmg main futsal/street soccer. Akhirnya selepas saja semua kerja final project 1 selesai, kitorg dpt main street soccer dgn puas skali (sampi azan maghrib pun xperasan).Sebelum aku pindah ke rumah sewa baru, aku sempat buat kali terakhir bermain dgn puasnya di gelanggang itu.Selepas ni dah ada tempat nak bersukan kat kampus baru.haha (sempat amik gambar buat kenangan)……..

hari presentation FYP1 adoiyai........

Monday, June 16, 2008




Setelah berhempas pulas untuk beberapa bulan ini, akhirnya Group D54 telah berjaya membuat satu presentation Final Year Project 1 (FYP1) untuk project Knife Clip Base.Group D54 terdiri dari 4 org iaitu aku sebagai die designer merangkap sebagai group leader, Abah sebagai kira2 utk budget dan costing (mcm accountant gak kot), King sebagai kira2 utk die calculation dan report writer (catit kerja2 sepanjang FYP1), dan Opie sebagai process planner dan project schedule planner (plan kerja2 untuk FYP1 dan FYP2).Pada 5 jun 2008, hari khamis jam 8.30am, kami telah membuat satu presentation dihadapan 4 org lecturer merangkap verifier yg terdiri dari otai2 tentang die construction dan die calculation. Manakala seorang lagi ialah lecturer untuk subject English. Setelah satu jam masa berlalu, beribu jenis soalan di aju, kami dgn ‘ready’nya dpt menepis segala soalan2 ‘panas’. Aku dpt menjawab segala soalan mengenai die construction. Aku diberitahu bahawa group ini mendapat highest marks antara group2 lain dalam presentation ini. Kos untuk project ini di anggarkan mencecah kira2 RM15,000++ termasuk kos material dan standard parts. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini aku masih meng’update’ design untuk memastikan tidak ada masalah ketika FYP2 nanti (proses machining dan assembly). Selepas ini aku akan berpindah ke campus baru GMi di Bangi utk meneruskan perjuangan FYP2.

Minyak oh Minyak......

Sunday, June 8, 2008



Kita sering bandingan harga petrol dan diesel kita dengan negara ASEAN yang bukan pengeluar bahan api petrol dan diesel. Cuba kita bandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak.
Bagaimana dengan Venezuela? Atau pun Iran? Ah sinonimnya 2 buah negara ini selain menjadi pengeluar minyak utama dunia dan kemudian menjual minyak kepada rakyatnya dengan harga yang murah, juga terkenal dengan wanita-wanitanya yang jelita. Ya! Wanita Iran dan Venezuela.
Baiklah berbalik kepada 2 negara ini, mengapa mereka selaku pengeluar minyak boleh menjual minyak dengan harga yang murah? Sebab mereka jual minyak mengikut harga pasaran dunia, dapat untung berbilion-bilion, yang dikategorikan sebagai wang rakyat, disalurkan semula untuk rakyat. Dan mungkin juga kerana Chavez dan Ahmedinajad bukan seorang yang korup, boros serta tamak. Ah! Romantisnya gabungan Chavez dan Ahmedinajad.
Memperbaiki pengangkutan awam, menjadikannya lebih efisyen, murah dan berkualiti. Maka rakyat akan berbondong menggunakannya. Ini tidak, rakyat disuruh mengubah gaya hidup ketika masing-masing mempunyai sebiji, dua biji, atau pun lebih berbiji-biji kereta. Dan motosikal. Nak ubah macam mana lagi. Ubah la gaya hidup pemimpin dulu. baru rakyat boleh ikut.
Bangkitlah rakyat Malaysia menyuarakan pandangan, jangan biarkan golongan tertentu terus dengan sikap sedemikian, mereka tidak lagi mahu membela dan memikirkan nasib golongan kurang berada asalkan mereka terisi dengan harta kita!

Newcomer!

Saturday, May 17, 2008



Tanggal 2 Mei 2008, muncullah seorang baby boy di dalam keluarga kami...Nor Afiq Haikal nama diberi.Anak sulung drp pasangan Wandy & Deknor.Dilahirkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dgn berat 3.67kg.Semoga dgn kedatangan baby boy ni dapat memeriahkan suasana didalam keluarga kami dan sebagai penyambung generasi keluarga kami.Maka dgn ini bertambah lagi seorang cucu lelaki kepada emak kami yg dipanggil wan oleh cucunya..oraittttttttttt.............

ke parlimen...

Wednesday, May 14, 2008




utk pertama kalinya dlm sejarah..aku bukan setakat pergi malah memasuki dewan rakyat di parlimen utk mendengar sendiri perbahasan wakil2 rakyat yang dilantik baru2 ini dengan berkot dan bertali leher(1st time)..Rasa puas hati melihat dan mndegar sendiri perbahasan oleh wakil2 rakyat tersebut kerana selama ini hanya menonton di TV saja dan tgk surat khabar itu pun byk yang di potong dan yang disiarkan pun yang baik2 je... dah tgk sendiri baru tahu yang bukan kata pihak pembangkang je yang biadap(kata media)tapi wakil rakyat dari pihak kerajaan pun sama je 2x5 malah lebih..jadi aku fikir dalam dewan itu wakil rakyat yang dilantik bebas utk membicara tentang apa pun tajuk yang datangnya dari masalah rakyat..cuma media je kot yang genbar-gemburkan cerita tentang tiadanya disiplin ahli parlimen khasnya dari pembangkang kerana menggunakan bahasa kasar cwalhal suma kat dalam dewn tu macam tu(fikir sendiri)..tapi nk salahkan media pun tak boleh juga sebab ikut arahan(siapa yg suruh?)...jadi moral of the story..janganlah hanya melihat dan membaca sahaja benda yang hanya disediakan di depan mata tapi banyakkan cabang bacaan dan pergi sendiri tengok dan alami...baru tahu.

Peretak Waterfall

Tuesday, May 13, 2008




Kira2 dua bulan yg lalu,telah dirancang satu perkelahan air terjun oleh persatuan pemandi sungai tegar kawasan parlimen pantai dalam di perkampungan org asli peretak,kuala kubu bharu.Sebyk 4 buah kenderaan konvoi termasuk 2 buah van syarikat atau kira2 20 org telah mengikuti ekspedisi ini.Perjalanan dari Kuala Lumpur ini mengambil masa kira2 1 jam utk smpai ke destinasi.Pemandangan yg cantik semasa perjalanan itu membuatkan hati berasa sgt teruja melihat pemandangan indah ciptaan tuhan.Namun ketika tiba di destinasi,kami telah dihalang oleh seorang org asli yg mabuk tuak di kawasan perkampungan org asli itu.Kami terpaksa menghalau demi meneruskan perjalanan kami yg begitu seronok ini.Setibanya di lokasi,kami tanpa berlengah lagi terus terjun ke dalam sungai itu.......setelah hampir beberapa jam berendam,kami bersiap utk pulang ke Kuala Lumpur....Byk gmbar2 yg telah kami rakamkan untuk kenangan di masa hadapan..Akhir kata, sungai yg tenang jgn di sangka tiada buaya....

100 fakta Kelantan 100 bakal mengubah Malaysia

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
bukti kewibawaan Islam agama memerintah
mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
di zaman manusia sanggup apa sahaja utk hidup senang
menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
di Kelantan tiada judi utk mempersiakan ikhtiar manusia
di Kelantan tida nite club utk menghina wanita
di Kelantan kadar jenayah paling rendah
di Kelantan aktiviti ekonominya di Tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
kerja lima hari seminggu
cuti bersalin 60 hari
insuran kematian seluruh rakyat
3000 wanita berniaga semua santun menutup aurat
ekonomi kelantan riba tak diikhtiraf
biar kita rugi kata Tok Guru asalkan tidak dimarah Tuhan
mengumpul pahala untuk bahagia akhirat

Di Kelantan menterinya Tok Guru
Pagi-pagi jadi imam dan memberi tazkirah
tiap-tiap pagi sebelum ke Pejabat
18 tahun tinggal di rumah kampung shj
tak ada pagar tak ada pengawal
orang gaji pun tiada
siapa masuk pun boleh jumpa
dia warak dia zuhud
gaji tiap bulan potong 45 % untuk parti dan kerajaan
sejak dulu elaun rumah tak pernah ambil
elaun kerajaan tak pernah ambil
elaun buka puasa tak pernah ambil
elaun hari raya tak pernah ambil
tangan ringan memberi sedekah
baru2 ini BPR datang kerumahnya
bukan kerna rasuah tetapi
kerana tidak buat report yg ada org ingin merasuahnya
itulah Menteri Besar Kelantan

Dulu BN kata 3 bulan Pas memerintah mesti bankrap
lepas tu naik 6 bulan
kemudian setahun
sekarang dah 18 tahun
ekonomi masih segar
wlupun ditakutkan akan hilang pelaburan
namun 17 tahun tanpa rasuah tanpa riba
berkat ekonomi kelantan mengatasi 5 negeri lain
di Kelantan tidak ada tol
harga barangan dan makanan masih murah
harga NIKAH pun masih murah

100 Fakta Kelantan
100 bkal mengubah MAlaysia
belajar lah dari Tok guru
belajarlah berfikir sebagi insan merdeka
Bebaskan minda! Bebaskan minda!

Perkahwinan


Pada Julai 2007 yang lalu, serikandi tunggal keluarga kami Nor Hajar Bt Hj Abdullah telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya Nor Izuandy B Md. Diah di kediaman rasmi keluarga kami di Taman Permata Kuala Lumpur. Pasangan mempelai ini telah diijabkabulkan oleh Balong sebagai wali...dengan hanya sekali lafaz sahaja.. Selepas itu majlis persandingan telah diadakan pada keesokan harinya di kediaman kami..Persandingan pengantin di rumah pihak lelaki pula diadakan pada minggu berikutnya di Taman Bakti, Senawang N9.

p/s: encik bob bila pulak?