BannerFans.com

Once upon a time in Sunderland

Thursday, October 22, 2009

Sudah sebulan aku mendaftar di University of Sunderland, UK dan macam-macam pengalaman aku dapat rasa sepanjang aku duk cni. Inilah pertama kali aku beraya jauh dgn family. Beraya di tempat orang. Masa mula2 sampai London aku tengok cuaca baik je. Suhu kat luar x berapa sejuk dalam lingkungan 13 - 14 degree celcius. Tapi bila malam tu sampai je Airport NewCastle baru dapat rasa kesejukan sampai ke tulang..(damn!!Sweater tebal aku dalam beg luggage). Suhu lebih kurang 7 - 8 degree celcius. Dengan berbekalkan sweater nipis je dan rokok dunhill sebatang, aku memanaskan badan kat luar airport.

Mula2 sampai memang rasa sedikit terkejut dgn suhu cuaca kat cni. Tapi terpaksa jugak la menyesuaikan diri. Malam tu aku ramai2 nek bas ke Sunderland. Sampai2 je kat Pallion House, Hylton Road (rumah sewa) letak beg terus tido. Duvet (selimut tebal) dah la xde. Menggigil tido malam tu..haha..Hari Raya kat cni mmg meriah rupanya sebab ramai juga student malaysia kat cni. Tak sangka aku meriah sambut raya kat cni.

Pasal makanan pulak aku ingat susah la nak cari makanan halal dengan makanan malaysia. Rupa2nya senang je dpt. Kicap manis cap kipas udang pun ada jual kat cni. Maggi kari,maggi ayam, serai, santan..Hari2 makan nasi nasi..daging ngan ayam halal beli kat kedai pakistan atau bangla..sembelih cara betul..Alhamdulillah sekarang aku dapat menyesuaikan diri di sini dan perkara paling utama ialah berjimat cermat..walaupun barang2 di sini murah tetapi terpaksa menahan nafsu dari boros..hahaha..I miss Malaysia and my family!!!









Ramadhan Al-Mubarak

Friday, August 21, 2009

Di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini dan juga kepada semua umat islam seluruh dunia.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA

p/s:kepada Akim,puasa btul2 sementara kat malaysia ni..nnt raya kami poskan lemang dan rendang ke UK..heheh

Nelayan moden

Monday, August 17, 2009

Haritu aku ngan kebab berdua je lepas tension pegi memncing kat pay pond Hill Top..lebih kurang kul 11 lebih kot kitorg smpai sana.Masa tu hari khamis malam jumaat..tak ramai org yg mancing..aku guna dedak (secret recipe - baik punya) sebagai umpan..pas cari port baik ktorg pun trus labuh joran..dlm ms sejam adalah dpat ikan sikit..ikan leekoh ngn baung je..then tiba2 joran aku disentap ikan besar..apalagi aku pun baik punya layan.."jangan hook..jangan hook..beri laluan"..tup2 rupanya ikan patin..patut liat semacam je nk bwk naik..berat dalam 3.8kg..Hah, ni gambar sebagai bukti..hehe



Yang ni pulak Kebab punya bahagian pulak..Dalam diam2 memancing rupanya umpan dia di sambar ikan kap kepala besar (tongsan sisik halus)..Yang ni punya kes lain macam sikit..Jenuh nak bawak naik sampai tengok jorang macam nak patah je..Pakai tali Abu Garcia 12lbs pulak tu..Dengan berbekalkan pengalaman yg x seberapa tu Kebab berjaya mendaratkan Ikan Tongsan sisik halus seberat 7.2kg..Fuhh..Terangkat wa cakap lu..Sampai x muat jaring nak sauk..Berikut adalah gambar saat-saat cemas selepat mendaratkan ikan tu..










Bukan main kembang hidung dapat ikan terberat malam tu..


Selain tu Aku juga dapat menaikkan ikan Pacu seberat 6.17kg pada malam tu..tetapi x sempat nak ambil gambar sambil pegang ikan..sempat ambil atas penimbang je..


Memang puas memancing malam tu..Penuh jugak la ikan dalam jaring...Tapi semua jual balik..2 3 ekor je bawak balik..Kira balik modal jugak la malam tu siap ada untung ckit..Hehe

p/s: Balong bila lagi?heheh...jgn jeles...ada masa kita try lagi..hikhikhik

Conquer 2.0 - online game

Wednesday, July 8, 2009

Lama gila aku x update blog ni..sebab sibuk dgn kerja kot..actually kerja tu ialah online game..hahah..sampai kau pun lupa nk update blog ni..gila ahh..aku ngan bebudak rumah Kebab ngah addict dgn game tu..aku men game ni gune server 'element-dark'..ramai jugak la player dari seluruh dunia yg guna server ni.Kebanyakan org Egypt.Memang berlagak gile org arab ni.Bahasa Inggeris mmg teruk diorg ni..Diorg ni ramai yg berlagak.Ramai jugak dari Eropah,Amerika,Asia Tenggara, dan Australia yg main guna server ni..

Dalam game ni kitorg adalah pengasas kepada guild/group 'Misc. Invasion'.Tetapi skrg ktorang dipecahkan kepada dua group satu untuk international character dan satu khas untuk character dari Malaysia je.Org2 international ni xtau langsung yg kitorg pengasas guild ni.Untuk character dari Malaysia kitorg di pecahkan ke guild 'Misc. Invasion-[eViL]'.Walaupun dipecahkan kepada dua group, Group Leader untuk Misc. Invasion tetap org malaysia - 'LordRyo'-character Trojan.

Antara nama2 character pengasas guild ni ialah MrCastello - Ninja, Naggarok - Archer, Luthau - Trojan, Donutello (aku la) - Ninja, TunTeja - Trojan, LordRyo - Trojan, Tanzan - Warrior, Magina - Taoist Fire Wizard.Sekarang ni lebih kurang 50 character seluruh dunia bawah naungan guild Misc. Invasion ni..

Kat cni aku bagi website game ni untuk sapa2 nk tgk2 ke atau nk try main ke...korg try click sini

Semoga terhibur..huhu...

Cerita Itu Ini 1

Monday, April 27, 2009

Dah seminggu aku tak jenguk blog ni.Aku nk tulis perkara2 yang berlaku kat aku..

Ok aku tulis laju2

Satu.

Aku pegi mid-valley aritu dgn kawan aku.Aku singgah la kat reject shop nk tgk2 baju.Sekali aku jumpa t-shirt collar Fred Perry memang cun dan murah.aku belek2 ape yang reject nye, xde pun, ok je..Corak belang2 warna oren memang jadi pilihan.Aku takut nnt kalau aku dtg balik nak beli baju tu dah abis.Limited tu.Nasib2 je.Tapi yg sangat x mengizinkan ialah wang dalam poket.Kalau aku beli kang nk makan xde duit.Memang duit nk guna beli bende lain.Arghhh…Tunggu gaji la jawabnya..

Dua.

Selangor vs Kelantan final piala FA.Aku x tengok pun walau kat tv sekalipun.Sebab rumah sepupu buat kenduri kat sentul.Dia dah kahwin.Yang kat dalam rumah ramai gak yg tgk kat tv.Aku malas nk masuk sebab penuh (memang tanak masuk pon).Aku dengar orang bersorak gol je.Tau-tau Selangor menang penalti.Hahaha…

Tiga.

Comeback yg menarik!!MU menang besar!Yang ni aku memang tgk kat tv sampai habis.Game start kul 12 lebih.Hahaha..Tapi terkedu kejap separuh masa pertama.MU dah kena 2 bijik.Haiya…Masa second half memang cantik..Lepas je penalti masuk sebijik, game MU tactical balik..Dalam masa 25 minit MU boleh buat 4 gol.Memang seronok ah aku..Final Score MU 5 – Spurs 2.

Empat.

Hari ini aku baca satu blog, pasal entry tajuknya “kenapa wujud semangat anti Malaysia”.Ya!..memang benda tu sudah lama aku terfikir.Puji kat Nami pasal mambangkitkan perkara tu.perkara yang memang aku setuju.Kadang2 aku kongsi perkara tu kat member2 aku..Sifat perkauman ni di mulakan oleh British tu sendiri.Credit to Nami.

Tamat.

Malang sungguh!

Wednesday, April 22, 2009

Hahaha...Hari ini aku ngan hadi baru ingat nak merempit pergi kerja naik motor hadi, tapi motor tetiba buat hal plak kat MRR2 Ampang.Enjin mati tiba2 xbleh start..Aku ngan Hadi dah cuak gile ah..bajet enjin motor jem..mane x nya, bila nk start enjin je tak mau hidup..banyak kali try tak boleh jugak..Apelagi menolak la smpai Taman Nirwana..Sempat singgah minum dulu kat mapley pekena teh o suam dulu sambil mengenangkan nasib pagi Rabu ni..haha..masa tu baru pukul 8.20 pagi.Nak call office pun xde orang lagi..sebab masing2 masuk kerja kul 9..Pagi2 dah berpeluh macam main futsal.Lepas minum tu aku ngan Hadi sambung perjalanan ke kedai motor..menolak lagi motor sejauh 3 km.

Bertambah malang lagi bila dah jumpa kedai motor belum buka lagi..fuhh menyirap darah..Tokey kedai ni nk meniaga ke tak ni?Tunggu lagi setengah jam baru la kedai tu buka..Kitorang adalah pelanggan pertama hari tu.Senyum lebar tokey tu tengok..Kitorng pun ckp la enjin mati tengah jalan kat MRR2 td..Yang paling tidak dapat masuk akal bila tengok tokey tu start enjin tu selamba je hidup..Aku ngan Hadi penuh dengan keinsafan bila tgk enjin motor tu hidup sebab ingatkan tadi ini masalah besar..kitorang kena *keledek ngan motor tu rupanya..Tokey tu cakap "xde masalah pun bro"..hahahah...Rupa-rupanya minyak hitam motor tu dah kering..takde ape yang rosak pun.Enjin motor tu jem panas je..Hangin satu badan la bro..Lepas tu apelagi terus tukar minyak hitam dan terus blah..Sempat balik rumah hantar motor pastu naik kereta pulak..Sampai keje lambat gila..Nasib2..

*keledek - kena tipu/dipermainkan

happy kerja..

Monday, April 20, 2009

Sudah seminggu aku cuti sebab demam teruk kat umah..Hari ini isnin aku mula balik kerja seperti biasa..Apalagi, banyak la drawing2 yg nk kena tgk2 balik..kerja2 designer ni penat kepala otak tau x.nasib baik Hadi ada bleh tolong2 tgk masa aku x datang tu.dia pun dah semakin advance buat design ni..Dengar cerita pulak harini bos besar xde kat ofis sbb dia nk pegi Italy sbb ada ape ntah kat sana..Ape lagi enjoy la seminggu ni rakyat2 marhein dalam ofis ini..haha..

The Fast and The Furious 4

Thursday, April 2, 2009





New Model. Original Parts. Itulah tagline tuk filem terbaru arahan Director Justin Lim. Hari ni filem ni release kat seluruh Malaysia. Filem aksi ni masih mengekalkan hero2 dari filem sebelumnya seperti Vin Diesel, dan Paul Walker. Memang best lah klu tengok trailer filem ni. jauh berbeza dari filem evolusi kl drift arahan anak yusof haslam tu (memang xbest pun cite tu..hahaha..xde kualiti.nak tiru konon).bukan nk kutuk2 tapi memang betul an??cinta je lebih..skarang ni mari kita serbu panggung seluruh negara tuk tgk cite aksi 2009 yang memang banyak dengan aksi2 yg menarik untuk ditonton oleh semua.Ape lagi jomlah..

Earth Hour

Wednesday, March 25, 2009




Yang ini memang menarik untuk di tulis.Tetapi aku rasa TNB yg rasa x menarik sekarang ni.Mana tak nye rugi besar la pengurusan TNB sebab ni.Hahaha...nak buat macamana sbab ianya disokong oleh seluruh dunia.untuk kebaikan semua gak.Earth Hour ni adalh untuk melawan global warming yang sekarang ini semakin serius disebabkan penggunaan kuasa dan pencemaran berlebihan.Lapisan ozon pulak dah semakin nipis.Pada jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam hari Sabtu ni, bergelaplah dan menutup semua lampu di seluruh negara bagi menyokong tindakan ini.Sebanyak 74 negara di dunia telah menyokong tindakan ini untuk memberi kerjasama pada Earth Hour ni dan semakin hari bilangan ini semakin bertambah.Come on Malaysia! tunjukkan yang kita semua ini menyokong demi kebaikan semua..Aku pun pasti akan menyokong!!

Vote Earth by simply switching off your lights for one hour and join the world for Earth Hour!!

Sabtu, 28 Mac, 8.30:9.30 malam.

Maulidur Rasul S.A.W

Tuesday, March 10, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W

Rasulullah SAW berasal daripada Kabilah Quraisy iaitu suku Arab yang dipercayai daripada keturunan Nabi Ismail AS. Diputrakan pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah yang biasa disamakan dgn tahun 570 Masihi.

Marilah kita bersama-sama BERSALAWAT ke atas Nabi Muhammad SAW.........