Positif
Friday, April 30, 2010
aku rasa x stabil langsung.
aku ingin bercakap dgn seseorang sekarang ni.
tapi tak boleh.
aku nak seseorang tahu apa yang aku rasa.
mungkin aku perlu menggunakan pendekatan yang lain.
cara yang lain.
sebab aku terlalu jauh.
atau ada pengaruh dari pihak lain?
tidak!
aku hanya fikir yang positif.
cuma sekarang hanya mampu berusaha dan berdoa.
minta ketenangan dariNya.amin.
love buzz
Wednesday, April 28, 2010
Would you believe me when I tell you
You're the queen of my heart
Please don't deceive me when I hurt you
Just ain't the way it seems
Can you feel my love buzz?
Hujan Batu!
Monday, April 5, 2010

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.ya! memang hujan batu itu membuatkan aku selesa dan rasa sangat aman.aku dah pulang buat seketika dan sekarang ini sedang asyik menikmati cuaca panas dan hujan pada suhu yg maksimum.akhirnya dapat juga aku membalas segala dendam yang selalu aku mimpikan.haha.sarapan pagi yang enak,makan tengahari dengan lauk pauk yang sedap,minum petang yang tenang dan makan malam yg berat-berat.
Lepak mapley sambil pekena teh tarik dengan roti canai pastu tgk bola dgn kawan-kawan.fuhh!dah lama tak rasa keadaan macam ni.*macam dah bertahun2 pulak aku duk england tu.padahal baru x sampai setahun.tak kisahlah.janji dapat lepaskan gian.bawa motor dalam keadaan panas terik dan bawa kereta menempuh kesesakan jalan raya di MRR2 pun aku boleh jadi seronok.gila! pun aku x kisah. Dan yang membuatkan aku bertambah tenang dan gembira di sini bila aku dpt berjumpa dgn RJ yg sgt comel dan M itu.ILYSMRJ!
objektif projek?
Sunday, March 14, 2010
sebenarnya aku sendiri pun x pasti main objektif aku sebelum ni.akibat malas punya pasal nk research la ni.ok.sekarang aku terpaksa modify title projek aku.terpaksa ok.jadi bermula lah kerja pengubahsuaian.dan mcmane ntah aku tetiba je boleh dpt idea baru.tetiba aku terbuka satu file dari pc Wan.title slide tu lebih kurang pasal apa yg aku buat.pasal Ergonomics case study gak.
jadi kesimpulannya aku ubah sikit tajuklah..hehe..pastu objektif projek tu aku refer dari slide tu.setel.tak ambil bulat2 pun sbb x best objektif slide tu.aku goreng lain.haha..ok lah tu.yg lain2 aku researh sendiri.semua berjalan lancar.ergonomics case study in conventional milling machine. :)
tekanan otak
Monday, March 1, 2010
dalam beberapa hari ni aku rasa mcm nk pecah je otak aku.dah la seminggu aku selsema + batuk.tidur ke kiri x boleh ke kanan x boleh.hidung pulak tersumbat.bila aku berdiri xnak pulak ras hidung tersumbat.bila aku baring je ‘dia’ mula buat hal.arhh..dah mcm2 ubat aku amik.paracetamol pun aku telan.ubat selsema klinik al-azim pun aku telan (mok bawak dari malaysia).ubat batuk cap vicks (honey+peppermint) pun dah sebotol aku minum.nak buat mcmnae lagi pun xtau.pasrah je.assignment pulak melambak2 nk kena submit dlm seminggu ni.dengan hydraulic design yg terlalu complicated dan ditambahkan lagi dgn assignment terpaling susah di dunia, operation management (bagi aku lah)..haha..x susah mana pun tapi kerja tu perlu fokus 100% dari 3 bulan yg lalu.tapi ni sbb kerja last minit.padan muka aku dan kawan2 aku (sbb diorg pun sama gak..hahahaha).dengan kesihatan yg sedikit mengganggu ni membuatkan rasa lagi mcm syiall.
Nak di jadikan cerita pulak, sabtu 27/2 semalam ada sports carnival pulak kat Sheffield organize by malaysian student uni of Sheffield.aku pulak main futsal.yg nk pergi dari sunderland ni mmg ramai.tapi masalahnya transport pulak xde.tak cukup lagi 2 kereta @ 9 orang lagi xde transport.kereta aku pulak x boleh nk bawak sebab Awe pakai tuk kerja delivery aritu.terpaksalah pergi sewa kereta.yang kena jadi driver pulak adalah aku.arghhh..terpaksalah buat2 suka padahal malas gila nk drive sbb selsema + batuk ni. Kitorg plan nk bertolak dlm kul 3.30 pagi.tapi last2 kul 5 pagi baru bertolak.ingatkan x sempat sbb masing2 belum pernah smpai sheffield.mmg masing2 speeding kat highway.aku bwk average dalam 90-100mile/hour gak la.tapi seb baik masa tu penyakit aku x buat hal.haha.
Yang paling x boleh blah time tgh main futsal kat ctu salji pulak turun kejap (sbb main outdoor pitch) pastu hujan renyai pulak.sudahhhh.memang rasa lagi nk demam la aku ni.masa balik drive tu seb baik ada sorang member aku x tidur boleh ajak sembang2.mata aku mmg dah mengantuk gila time tu tambah pulak batuk2, penat.disebabkan aku terbaca signboard kat highway tu “tiredness can kill” terus aku ajak member aku sembang sambil makan coklat dan hisap rokok dunhill untuk hilangkan rasa mengantuk dan penat (dalam hati takut ni).kadang2 tgh drive tu pun aku boleh terfikir pasal assignment yg nk kena submit.kepala otak jadi resah je bila teringat.kadang2 aku rasa mcm nk cepat smpai je rumah.aku pecut gak sampai 100 mile/hour.pastu perlahan balik.badan rasa mcm nk patah.kan best kalau kat sini ada tempat urut badan dan reflexsologi.mmg aku akan jadi pelanggan.
Sampai je rumah memang semua penyakit sendi aku dpt rasakan ada dlm tubuh aku.tulang reput pun ada gak.arghhhhhhhh..lepas je aku smpai rumah dalam kul 7 malam lebih, aku mandi2 pastu aku terus tido dlm kul 9 malam.sedar2 dah terang balik.rupanya dah kul 10 pagi.memang x sedar langsung.Alhamdulillah selsema ngan batuk aku x bertambah teruk.semakin kurang aku rasa.Sekarang ni hanya assgnment sahaja yg berlegar2 dalam kepala otak aku!aku kena tenang tapi bertindak dgn bijak sekarang ni.Walau apa2 pun RJ juga yg byk memberi aku semangat tanpa henti2.
kekenyangan....
Friday, February 12, 2010
Pertama yg sgt penting, drawing utk projek hydralic piston design.nak draw pakai Catia ke,Inventor ke, aku pun xtau.Aku kena refresh balik sebab dah berbulan2 aku x usik langsung software tu.tapi memang xde masalah.Kedua ialah assignment Prof Den K Wilson, operation management..hehe..aku x start ape lagi.tapi semua bahan dah kumpul..
Walaupun aku mcm ni, tapi aku ada semangat baru..hehe..semua kerja buat tersenyum je.cuaca sejuk pun aku rasa suam2 je.haha.seperti kata dia, semua terISI. thanks buat RJ ♥
Cerita Itu Ini 3 (UK edition)
Monday, February 1, 2010
Satu.
Akhirnya aku dpt beli kereta kat cni.Kereta tu murah je baru GBP550 je.Citroen Xsara 1.4i.Tapi kongsi ngan housemate.senang nnt nk pergi mana2 dan yg penting untuk buat kerja delivery.
Dua.
First job aku kat cni dengan Awe.Dapat call dari Papa Pizza yg dia nk pakai org delivery.GPS kitorg masa tu x sampai lagi order dari Ebay.Terpaksalah pinjam dari Daus.Thanks sbb bg pinjam GPS TomTom.Kitorg kerja dari kul 5pm sampai 11pm je.Alhamdulillah berbaloi juga.Tapi kerja ni hanya part time.on-call shj..
Tiga.
Interim Report kena hantar pulak hari Jumaat mggu ni.Masing2 kelam kabut lah nk siapkan.hahaha...sampai x tido langsung.Yang buat pening tu nk kena buat Gantt Chart je..masing2 xtau nk isi apa dalam chart tu..Akhirnya siap jugak..
Empat.
Perlawanan futsal dalam University Futsal League.Kena lawan pulak dengan kawan2 sendiri.Team aku Black Dog Bone lawan team classmate gak Rocky FC..semua malaysian..lawan tetap lawan, kawan tetap kawan..hahaha..memang main bersungguh2 la..xde sape2 yg tercedera.Keputusan berakhir dgn seri 2-2.Walaupun team aku dah leading 2-0 tapi masih tak menyebelahi team aku.Team Rocky main mmg best.Ape2 pun hari tu mmg enjoy!!
Lima.
Man U menang bergaya keatas Arsenal 3-1.Kitorg pergi tgk ramai2 kat rumah budak2 Roker.Penuh kat living room tu time aku sampai.Tapi penyokong Man U lg ramai dari Arsenal kt ctu..hehe..tuan rumah menghidangkan nescafe panas tuk kitorg.terima kasih..Glory2 Man U!!
TAMAT
Lamb of God @ O2 Academy Newcastle

Kali ni mmg aku saja je nk post entri ni.sape yg x teruja bila dapat tgk band yg agak mustahil untuk dtg malaysia.tapi x mustahil diorg boleh dtg gak klu ada sponsor besar sanggup biayai diorg.Huhh..mmg x sabar nk tgk band2 besar ni main.Kebetulan mmg dkt pulak dgn tmpat aku belajar.Memang x dilepaskan peluanglah aku nk pergi tgk live kat O2 Academy Newcastle.Akhirnya semalam tiket tu dapat gak aku beli.Lamb of God,Job for A Cowboy dan August Burns Red tu beb.Antara nama band2 yg besar dalam industri Metal/Hardcore..yeahh x sabar nk tgk ni..
Homesick+FYP
Wednesday, January 20, 2010
aku rasa lama gila aku x update blog ni..lama gila lah..hahaha..tetiba update pasal entri ni pulak.hehe.mmg dah teruk aku nih..alhamdulillah aku dah dpt tiket balik akhir bulan 3 ni..return dari newcastle.hanya menunggu masa nk jumpa mak aku..rindu gile.(mcm budak2 la aku ni)..setakat ni projek aku berjalan lancar.ditambah lagi dgn keadaan cuaca yg bertambah baik.goodbye my mr.snowman..your life is no longer yet.aku dah boleh mula berbasikal kemana2 terutamanya murray library..time g london tu best je snow xde..ramai aku tgk org pakai fixed bike.kat sundie ni susah sikit sbb jalan byk yg licin..btw, hope everything is ok and i can continue my project because i oredy have my flight ticket back to my hometown..yahoooooo....




