BannerFans.com

Basikal

Monday, February 14, 2011














Maulid Nabi Muhammad SAW

V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶s̶ ?? Maulid Nabi √ ♥
Dah lama aku tak mengemaskini blog ini.fuhh bersawang.tiba2 aku terfikir tentang nasib blog ni.haha.takpe2 bukan itu aku nak cerita sebenarnya.aku nak cerita ini - aku saja nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Maulid Nabi Muhammad SAW kadang-kadang Maulidur Rasul, Maulud atau Maulid Nabi saja (bahasa Arab: مولد، مولد النبي‎, mawlidun-nabī), adalah peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW, yang di Malaysia perayaannya jatuh pada setiap tanggal 12 Rabiul Awal dalam penanggalan Hijriyah. Kata maulid atau milad dalam bahasa Arab berarti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi merupakan tradisi yang berkembang di masyarakat Islam jauh setelah Nabi Muhammad wafat. Secara subtansi, peringatan ini adalah ekspresi kegembiraan dan penghormatan kepada Nabi Muhammad.

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam seluruh dunia agar kita dapat membangkitkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW.

*google images

Lari Tajuk?

Saturday, November 6, 2010

Orang kata tak semestinya apa yang kita belajar dulu dapat di serapkan di alam pekerjaan. Ya, aku setuju. Sedangkan aku sendiri pun pening memikirkannya. Mungkin ini lari tajuk. Aku tak peduli sikit pun. Hanya inginkan yang terbaik untuk diri aku.

Bidang untuk disiplin aku adalah Engineering. Mungkin apa salahnya aku mencuba dalam bidang Banking? Pendapatannya sama atau mungkin lebih tinggi. Masa menentukannya. Sekarang ni aku perlu duduk rumah je tanpa memikirkannya dan cuma mengayuh basikal untuk mengeluarkan peluh.

Terbaik-Terbest-Terpanas-Tersedap-Terleleh-Tergempak!

Thursday, October 14, 2010

Banyak sudah hari-hari aku lalui di Malaysia.sudah 2 minggu aku di sini.Tak sempat nak update blog aku ni.harini baru rasa macam ada mood nak update.ok.aku rasa kurang selesa pada minggu pertama.tipulah kalau sapa2 sebelum ni dari luar negara cakap selesa dengan cuaca panas kat malaysia.tapi aku tetap merindui cuaca begini.aku rindu dengan makanan-makanan.cendawan goreng adalah yang paling aku cari.haha.ok cukup.

Kawan-kawan?aku masih belum dapat jumpa semua lagi.banyak jugak duit abis sebab berjalan lepak-lepak ni jumpa kawan-kawan.fuhhh.aku kena jimat2 pasal aku belum dapat kerja lagi.pasal kerja pulak dah 3 interview aku pergi.hanya tunggu rezeki saje.harap-harap ada rezeki aku dalam masa terdekat ni.Secara konklusinya, Malaysia adalah yang terbaik-terbest-terpanas-tersedap-terleleh-tergempak! Best gila dohhh!!!hahahahaha.....

Goodbye.

Friday, September 24, 2010

Bila mengenangkan pengalaman yg dilalui kat sunderland ni rasa sedih pulak nak tinggalkan.masuk tahun ni je dah dua kali aku sambut raya kat perantauan.macam2 tempat aku pergi seluruh UK ni.seronok tak terhingga.berjalan sana sini, kerja part time hantar pizza, main bola dgn org2 sini, main XBox sampai tak ingat dunia, macam2 lagilah.bertungkus lumus dalam menyiapkan thesis final project aku adalah pengalaman yg paling aku tak lupakan.bersengkang mata siang malam dengan perasaan yang tgh down.akhirnya 16 sept 2010 penat lelah aku berhasil.akhirnya aku dpt menggenggam BEng. Hons aku.aku puas.pengorbanan yang sangat berbaloi.

Sekarang tibalah masa aku perlu tinggalkan Sunderland.sedih tu memang sedih lah sebab byk yg aku pelajari sepanjang aku kat sini.kepada semua kawan2 yg masih ada di Sunderland aku nak minta maaf segala salah silap aku sepanjang duduk ngan korang.halalkan makan minum aku.kalau ada rezeki nnt kita jumpa di Malaysia.

Mode : Nak Balik Raya.

Monday, September 20, 2010

google images


Pejam celik pejam celik dah sepuluh raya dah. Masih ada lagi orang buat open house. Harap2 masa aku balik nnt ada open house. Aku mengidam nak makan makanan2 raya ni. Kat sini aku makan yang tak real punya. hahaha..

Berapa hari je lagi tinggal. Aku nak packing pun macam sedih2 je. Lepas ni tak tau nak dtg lagi bila. Mesti aku rindu dengan cuaca kat sini. Kadang2 jadi syok gak time sejuk2 nih. Duk dalam duvet sambil layan lagu. heheh. lepas tu online 24/7. kat malaysia takkan nak online 24/7. Byk lagi kerja boleh buat. Aku pulak sepanjang duduk sini macam2 benda orang kenakan aku. aku tetap bersabar je. nak buat macamana sebab aku jauh. memberi kepercayaan yang penuh dgn niat baik akan dibalas sakit. hipokrit. sempurna. aku pernah kena beb masa aku duduk sini. okay. cukup. titik. Aku dah nak balik dah pun. semua tu pengalaman. Kadang2 syok gak. haha.

Yang penting sekarang aku nak balik nak makan banyak-banyak. mood raya ada lagi ni. aku nak balas dendam. hahahaha. lepas tu aku nak pegi holiday tenangkan fikiran. boleh? nak ikut jom!

p/s: duit pound rate tengah jatuh ni. rugi la. aku bwk balik byk ni. haha

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Saturday, September 11, 2010

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga aku yg berada di Kuala Lumpur, seluruh sanak saudara aku dan tak lupa juga semua kawan2 yg mengenali aku. Aku ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki sekiranya ada apa2 kesalalahan yg telah aku lakukan baik secara langsung atau tidak langsung. Semoga sambutan raya tahun ini adalah lebih meriah dari tahun-tahun yg sebelumnya.hehe. Tapi keselamatan masing2 kenalah jaga ya. Memandu dengan berhati-hati dan ingatlah orang tersayang. I'Allah tahun depan kita dapat beraya bersama2 di Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Salam Perantau Dari Nor Hakim Abdullah.

p/s: Aku akan pulang akhirnya pada hujung bulan ini. hehehe :)
Alhamdulillah raya tahun ni rezeki aku melimpah2.

Cela.

Monday, September 6, 2010


Rabak mata ku,pena menari, tinta berdarah.
Rabak mata ku,pena menari-nari, tinta berdarah.
Kata membara-bara.

Masanya ku bernafas, ini terakhir kali. Puas sudah ku sesak dalam dunia sempit.
Dulu tersungkur kini berdiri, kau bermain api kini ku bakari.
Dulu menunduk kini ku celik, kau bermain api. Engkau mahu sempurna, engkau jadi sempurna.
Biar aku bahagia dengan cela ku.

Engkau mahu malaikat turun dari kayangan, biar aku bahagia dengan cela ku.
Mengapa tidak engkau cermin saja diri mu yang sempurna, mempesona?
Ku bahagia dengan cela.

Mengapa tidak kau bercinta saja dengan diri mu yang sempurna, mempesona?
Ku bahagia dengan cela.

Siapa yang mampu mencapai mahu mu bilamana kau juga seorang manusia?

p/s:Why so serious?HAHAHAHAHAHAHA - aku nak gelak macam Joker....R.I.P Heath Ledger aka The Joker.

Bersatulah.

Tuesday, August 31, 2010

sumber: yahoo images


Ohhh...
Sudah 53 tahun negara tercinta kita merdeka atau bebas atau boleh berdiri atas kaki sendiri.
Hmmm betul kah semuanya sudah merdeka dari jajahan?
Yaa..kita telah merdeka dari jajahan British hasil rundingan di London pada 1957.
Yaa..kita juga telah menjadi salah satu dari negara-negara Komanwel sejak dari itu.
Bagi aku, semua yang kita kecapi sekarang adalah dari hasil kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Aku bangga dengan Malaysia
Tetapi yang sedihnya kita masih lagi belum bebas bersuara.
Ayuh bersatulah anak muda!!!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Nila Setitik.

Saturday, August 28, 2010


Macam2 kerenah orang zaman sekarang ni. Bila tengok balik rasa nak tergelak pulak. Ini semua pasal isu racism la ni. Orang melayu kutuk cina, cina kutuk melayu, india pun tak terlepas jugak. hahahaha...pening kepala gak la fikir. Bila aku terbaca pasal kes seorang pengetua sekolah berucap di perhimpunan sekolah dengan tak menapis mulut tu jadi aku terus rasa marah. Mana tak nya, sebab dia punya mulut je semua orang melayu lain jadi mangsa maki hamun bangsa lain. kalau dia senyap je mesti tak jadi masalah ni. huhhhh..pangkat dah pengetua tapi berucap dikhalayak ramai tak boleh menggunakan akal dengan waras. Kamu tu duduk di negara berbilang kaum. Jangan jadikan isu perkauman sebagai nak lepas tekak je. Tapis2 la sikit.

Agak2 kalau dia ada kat UK baru dia tahu mcmana. Orang2 kat sini bukannya suka dgn bangsa lain. Mau kena maki hamun cikgu tu.hehehe..Orang sini tak suka bangsa lain cari makan kat tmpat diorang. Jadi kita kena pandai hormat-menghormati bangsa lain bila kita duduk di negara berbilang bangsa ni. Tapi tak menjadi masalah kalau kita bekerjasama. Jangan fikir kita selesa dinegara kita je tapi bila berada ditempat orang kita di layan seperti anjing. Baru nak menyesal agaknya cikgu tu kalau berada kat tempat aku berada sekarang. Dipandang hina sama taraf macam orang bangladesh dan indonesia. Tapi orang bangladesh kat sini pun lagi tinggi taraf dari orang melayu malaysia tau tak.

Aku cerita ni bukan pasal aku tak mahu berbangga dgn bangsa sendiri tapi perlu di ingat kita takkan maju kalau kita asyik menyalahkan bangsa lain je. Kalau kena kat batang hidung sendiri barulah nak menangis tak berlagu. Pengalaman selama aku berada di tempat orang ni byk mengajar. Tak guna kalau kita mengungkit kalau bangsa melayu sendiri belum maju kehadapan. Hormat menghormati lebih baik dari kita memecah belahkan bangsa2 lain. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata buruk padahnya. Aku sedih betul bila tengok seorang yang professional ni bercakap tak bertapis.

Kita sebagai bangsa melayu perlu menggunakan pendekatan yang lebih khusus dalam menyelesaikan masalah2 ni. Kita selesaikan dengan cara yang lebih profesioanal bukan dengan cara hanya melepas batuk ditangga. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Aku malu dengan kawan2 aku yang berbangsa lain. Aku bangga dengan bangsa aku Melayu tapi jangan kita mulakan pertelingkahan ini takut kerana melarat sehingga melibatkan agama islam yang tercinta. Wallahualam...