Once upon a time in Sunderland

Thursday, October 22, 2009

Sudah sebulan aku mendaftar di University of Sunderland, UK dan macam-macam pengalaman aku dapat rasa sepanjang aku duk cni. Inilah pertama kali aku beraya jauh dgn family. Beraya di tempat orang. Masa mula2 sampai London aku tengok cuaca baik je. Suhu kat luar x berapa sejuk dalam lingkungan 13 - 14 degree celcius. Tapi bila malam tu sampai je Airport NewCastle baru dapat rasa kesejukan sampai ke tulang..(damn!!Sweater tebal aku dalam beg luggage). Suhu lebih kurang 7 - 8 degree celcius. Dengan berbekalkan sweater nipis je dan rokok dunhill sebatang, aku memanaskan badan kat luar airport.

Mula2 sampai memang rasa sedikit terkejut dgn suhu cuaca kat cni. Tapi terpaksa jugak la menyesuaikan diri. Malam tu aku ramai2 nek bas ke Sunderland. Sampai2 je kat Pallion House, Hylton Road (rumah sewa) letak beg terus tido. Duvet (selimut tebal) dah la xde. Menggigil tido malam tu..haha..Hari Raya kat cni mmg meriah rupanya sebab ramai juga student malaysia kat cni. Tak sangka aku meriah sambut raya kat cni.

Pasal makanan pulak aku ingat susah la nak cari makanan halal dengan makanan malaysia. Rupa2nya senang je dpt. Kicap manis cap kipas udang pun ada jual kat cni. Maggi kari,maggi ayam, serai, santan..Hari2 makan nasi nasi..daging ngan ayam halal beli kat kedai pakistan atau bangla..sembelih cara betul..Alhamdulillah sekarang aku dapat menyesuaikan diri di sini dan perkara paling utama ialah berjimat cermat..walaupun barang2 di sini murah tetapi terpaksa menahan nafsu dari boros..hahaha..I miss Malaysia and my family!!!