sabau je lah!

Monday, November 23, 2009

Internet xdpt kat bilik aku!!
Bilalah nk fixed ni???
Tolong cepat sikit!!
wireless pun wireless lah..
terima kasih..

Livepool Games-Anfield-Old Trafford

Saturday, November 21, 2009

Walaupun kalah pada second round pertandingan futsal 5 side @ Power League, Liverpool, kami tetap puas sebab dapat pergi sampai tahap tu..Team BlackCat FC mewakili Malaysian student Uni. of Sunderland dalam Liverpool Games kali ni..Selepas semua selesai kat situ, kami berpakat untuk pergi melihat keadaan di Anfield..haha..

First time aku lihat secara dekat stadium yg berdekatan dgn Goodison Park (Everton FC) itu..kecil tetapi kelihatan padat..kami smpai pun dah petang dalam pukul 3.30pm..kat sini kalau dah kul 4 lebih dah gelap dah..so, kami tidak berlengah utk ambil pic byk2 dan membeli sedikit cenderahati kat store anfield sebab balik nanti nak singgah Manchester pulak....Aku memang dah keletihan gila..on the way nk ke manchester tu aku memang xsedar ape dah..tidur je dalam kete..main bola dalam hujan pastu kaki injured pulak..sejuk jgn cakap lah..lagi penat nak tahan sejuk dari main bola..

Sampai je kat Sir Matt Busby Way, Old Trafford dah malam walau jam baru pukul 4.50pm..haha..pelik sikit kat sini..hujan pulak kat sini..masing2 berlari mencari tempat teduh kat depan stadium..paln mula2 memang nk buat tour tapi dah gelap la..dah terlewat nk masuk..aku just masuk kat dalam megastore MUFC je..membeli barang2 kenangan dan ambil pic byk2..hehe...

Memang x percaya aku boleh sampai kat Anfield dan Old Trafford akhirnya..dulu kat Malaysia asik lepak kat mapley tgk bola..pastu pasang angan2 kalaulah aku dpt pergi sana..hahaha...serius mmg mcm mimpi dpt jugak aku jejak kaki kat cni..


Power League Liverpool - outdoor futsal court...best gila..


show your nike 5..tapi aku x pakai nike 5 pun..aku pakai adidas adi5..janji ada 5..haha




BlackCat FC









master of puppet..


semua melekat kecuali aku..


Anfield..klu abg2 aku tgk ni mesti menyirap..kehkeh...

banyak lagi gambar2..tapi xlarat lah nk upload lagi..heh..

p/s:bangah,balong,akram bila mau datang cni la....

Cerita Itu Ini 2 (UK edition)

Wednesday, November 4, 2009

Ok2..mggu ni byk benda berlaku kat aku..

Satu.

Tiket bola Sunderland vs. Arsenal dah ada kat tangan aku..yahuu...best..impian bakal jadi kenyataan..inilah impian setiap rakyat Malaysia kalau dah ada kat England ni.Kena tgk Barclays Premier League.Mahal tu memang mahal..Harga GBP33.00..Tapi terpaksa..haha...

Dua.

Nottingham Games '09..so tired!!..aku men futsal 5 side tuk team Sunderland..Kul 4.30am dah kena kumpul depan Murray Library tggu bas..Tapi x sempat masuk 2nd round pun..sbb 1 game eliminated..satu menang dan satu kalah..biasalah klu lawan ngan tuan rumah (Nott University)mestilah reff buyers kan..kalah 1-0..masa x sampai 10 min pun..baru men dlm 5 minit masa dah abis..bila tanya kenapa main 5 minit?reff ckp xde bukti pun main 5 minit..haha..organizer mmg sucks!!mmg budaya melayu ni dibawa kemana2..btw enjoy kat tmpat org!!







Tiga.

Halloween Party!!meriah gila kat cni..mcm2 costume mlm tu..aku hanya ada topeng hantu je..itupun pinjam..hahaha...dah la baru balik dari Nott pastu malam tu pergi join party kat Town ngan bebudak ni..last2 balik terus flattt.............

Empat.

Aku demam..damn~~~~...pagi isnin x pegi kelas pun..rilek je aku tuang kelas aritu..kelas lecture ngan tutor lak tu..aku ingat aku sorang je yg tuang kelas rupanya majoriti budak umah aku x pegi..syiall la korang..hahaha..bikin kantoi..aku xpe sebab demam..kat cni mana ada MC..hahaha

Lima.

Aku kena submit Project Brief tuk FYP...menggelabah tul lah module leader ni..apelagi aku pun bersengkang mata mencari idea..lastly terpaksa choose topic '5S implemantation on shop floor'...nk kena research la pulak..damn!hahaha..kayuh pelan2 la aku nmpaknya..

Enam.

Aku sedang menunggu Liverpool Games...nk men futsal lagi..huhu..

TAMAT.

Once upon a time in Sunderland

Thursday, October 22, 2009

Sudah sebulan aku mendaftar di University of Sunderland, UK dan macam-macam pengalaman aku dapat rasa sepanjang aku duk cni. Inilah pertama kali aku beraya jauh dgn family. Beraya di tempat orang. Masa mula2 sampai London aku tengok cuaca baik je. Suhu kat luar x berapa sejuk dalam lingkungan 13 - 14 degree celcius. Tapi bila malam tu sampai je Airport NewCastle baru dapat rasa kesejukan sampai ke tulang..(damn!!Sweater tebal aku dalam beg luggage). Suhu lebih kurang 7 - 8 degree celcius. Dengan berbekalkan sweater nipis je dan rokok dunhill sebatang, aku memanaskan badan kat luar airport.

Mula2 sampai memang rasa sedikit terkejut dgn suhu cuaca kat cni. Tapi terpaksa jugak la menyesuaikan diri. Malam tu aku ramai2 nek bas ke Sunderland. Sampai2 je kat Pallion House, Hylton Road (rumah sewa) letak beg terus tido. Duvet (selimut tebal) dah la xde. Menggigil tido malam tu..haha..Hari Raya kat cni mmg meriah rupanya sebab ramai juga student malaysia kat cni. Tak sangka aku meriah sambut raya kat cni.

Pasal makanan pulak aku ingat susah la nak cari makanan halal dengan makanan malaysia. Rupa2nya senang je dpt. Kicap manis cap kipas udang pun ada jual kat cni. Maggi kari,maggi ayam, serai, santan..Hari2 makan nasi nasi..daging ngan ayam halal beli kat kedai pakistan atau bangla..sembelih cara betul..Alhamdulillah sekarang aku dapat menyesuaikan diri di sini dan perkara paling utama ialah berjimat cermat..walaupun barang2 di sini murah tetapi terpaksa menahan nafsu dari boros..hahaha..I miss Malaysia and my family!!!









Ramadhan Al-Mubarak

Friday, August 21, 2009

Di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini dan juga kepada semua umat islam seluruh dunia.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA

p/s:kepada Akim,puasa btul2 sementara kat malaysia ni..nnt raya kami poskan lemang dan rendang ke UK..heheh

Nelayan moden

Monday, August 17, 2009

Haritu aku ngan kebab berdua je lepas tension pegi memncing kat pay pond Hill Top..lebih kurang kul 11 lebih kot kitorg smpai sana.Masa tu hari khamis malam jumaat..tak ramai org yg mancing..aku guna dedak (secret recipe - baik punya) sebagai umpan..pas cari port baik ktorg pun trus labuh joran..dlm ms sejam adalah dpat ikan sikit..ikan leekoh ngn baung je..then tiba2 joran aku disentap ikan besar..apalagi aku pun baik punya layan.."jangan hook..jangan hook..beri laluan"..tup2 rupanya ikan patin..patut liat semacam je nk bwk naik..berat dalam 3.8kg..Hah, ni gambar sebagai bukti..hehe



Yang ni pulak Kebab punya bahagian pulak..Dalam diam2 memancing rupanya umpan dia di sambar ikan kap kepala besar (tongsan sisik halus)..Yang ni punya kes lain macam sikit..Jenuh nak bawak naik sampai tengok jorang macam nak patah je..Pakai tali Abu Garcia 12lbs pulak tu..Dengan berbekalkan pengalaman yg x seberapa tu Kebab berjaya mendaratkan Ikan Tongsan sisik halus seberat 7.2kg..Fuhh..Terangkat wa cakap lu..Sampai x muat jaring nak sauk..Berikut adalah gambar saat-saat cemas selepat mendaratkan ikan tu..










Bukan main kembang hidung dapat ikan terberat malam tu..


Selain tu Aku juga dapat menaikkan ikan Pacu seberat 6.17kg pada malam tu..tetapi x sempat nak ambil gambar sambil pegang ikan..sempat ambil atas penimbang je..


Memang puas memancing malam tu..Penuh jugak la ikan dalam jaring...Tapi semua jual balik..2 3 ekor je bawak balik..Kira balik modal jugak la malam tu siap ada untung ckit..Hehe

p/s: Balong bila lagi?heheh...jgn jeles...ada masa kita try lagi..hikhikhik

Conquer 2.0 - online game

Wednesday, July 8, 2009

Lama gila aku x update blog ni..sebab sibuk dgn kerja kot..actually kerja tu ialah online game..hahah..sampai kau pun lupa nk update blog ni..gila ahh..aku ngan bebudak rumah Kebab ngah addict dgn game tu..aku men game ni gune server 'element-dark'..ramai jugak la player dari seluruh dunia yg guna server ni.Kebanyakan org Egypt.Memang berlagak gile org arab ni.Bahasa Inggeris mmg teruk diorg ni..Diorg ni ramai yg berlagak.Ramai jugak dari Eropah,Amerika,Asia Tenggara, dan Australia yg main guna server ni..

Dalam game ni kitorg adalah pengasas kepada guild/group 'Misc. Invasion'.Tetapi skrg ktorang dipecahkan kepada dua group satu untuk international character dan satu khas untuk character dari Malaysia je.Org2 international ni xtau langsung yg kitorg pengasas guild ni.Untuk character dari Malaysia kitorg di pecahkan ke guild 'Misc. Invasion-[eViL]'.Walaupun dipecahkan kepada dua group, Group Leader untuk Misc. Invasion tetap org malaysia - 'LordRyo'-character Trojan.

Antara nama2 character pengasas guild ni ialah MrCastello - Ninja, Naggarok - Archer, Luthau - Trojan, Donutello (aku la) - Ninja, TunTeja - Trojan, LordRyo - Trojan, Tanzan - Warrior, Magina - Taoist Fire Wizard.Sekarang ni lebih kurang 50 character seluruh dunia bawah naungan guild Misc. Invasion ni..

Kat cni aku bagi website game ni untuk sapa2 nk tgk2 ke atau nk try main ke...korg try click sini

Semoga terhibur..huhu...

Cerita Itu Ini 1

Monday, April 27, 2009

Dah seminggu aku tak jenguk blog ni.Aku nk tulis perkara2 yang berlaku kat aku..

Ok aku tulis laju2

Satu.

Aku pegi mid-valley aritu dgn kawan aku.Aku singgah la kat reject shop nk tgk2 baju.Sekali aku jumpa t-shirt collar Fred Perry memang cun dan murah.aku belek2 ape yang reject nye, xde pun, ok je..Corak belang2 warna oren memang jadi pilihan.Aku takut nnt kalau aku dtg balik nak beli baju tu dah abis.Limited tu.Nasib2 je.Tapi yg sangat x mengizinkan ialah wang dalam poket.Kalau aku beli kang nk makan xde duit.Memang duit nk guna beli bende lain.Arghhh…Tunggu gaji la jawabnya..

Dua.

Selangor vs Kelantan final piala FA.Aku x tengok pun walau kat tv sekalipun.Sebab rumah sepupu buat kenduri kat sentul.Dia dah kahwin.Yang kat dalam rumah ramai gak yg tgk kat tv.Aku malas nk masuk sebab penuh (memang tanak masuk pon).Aku dengar orang bersorak gol je.Tau-tau Selangor menang penalti.Hahaha…

Tiga.

Comeback yg menarik!!MU menang besar!Yang ni aku memang tgk kat tv sampai habis.Game start kul 12 lebih.Hahaha..Tapi terkedu kejap separuh masa pertama.MU dah kena 2 bijik.Haiya…Masa second half memang cantik..Lepas je penalti masuk sebijik, game MU tactical balik..Dalam masa 25 minit MU boleh buat 4 gol.Memang seronok ah aku..Final Score MU 5 – Spurs 2.

Empat.

Hari ini aku baca satu blog, pasal entry tajuknya “kenapa wujud semangat anti Malaysia”.Ya!..memang benda tu sudah lama aku terfikir.Puji kat Nami pasal mambangkitkan perkara tu.perkara yang memang aku setuju.Kadang2 aku kongsi perkara tu kat member2 aku..Sifat perkauman ni di mulakan oleh British tu sendiri.Credit to Nami.

Tamat.

Malang sungguh!

Wednesday, April 22, 2009

Hahaha...Hari ini aku ngan hadi baru ingat nak merempit pergi kerja naik motor hadi, tapi motor tetiba buat hal plak kat MRR2 Ampang.Enjin mati tiba2 xbleh start..Aku ngan Hadi dah cuak gile ah..bajet enjin motor jem..mane x nya, bila nk start enjin je tak mau hidup..banyak kali try tak boleh jugak..Apelagi menolak la smpai Taman Nirwana..Sempat singgah minum dulu kat mapley pekena teh o suam dulu sambil mengenangkan nasib pagi Rabu ni..haha..masa tu baru pukul 8.20 pagi.Nak call office pun xde orang lagi..sebab masing2 masuk kerja kul 9..Pagi2 dah berpeluh macam main futsal.Lepas minum tu aku ngan Hadi sambung perjalanan ke kedai motor..menolak lagi motor sejauh 3 km.

Bertambah malang lagi bila dah jumpa kedai motor belum buka lagi..fuhh menyirap darah..Tokey kedai ni nk meniaga ke tak ni?Tunggu lagi setengah jam baru la kedai tu buka..Kitorang adalah pelanggan pertama hari tu.Senyum lebar tokey tu tengok..Kitorng pun ckp la enjin mati tengah jalan kat MRR2 td..Yang paling tidak dapat masuk akal bila tengok tokey tu start enjin tu selamba je hidup..Aku ngan Hadi penuh dengan keinsafan bila tgk enjin motor tu hidup sebab ingatkan tadi ini masalah besar..kitorang kena *keledek ngan motor tu rupanya..Tokey tu cakap "xde masalah pun bro"..hahahah...Rupa-rupanya minyak hitam motor tu dah kering..takde ape yang rosak pun.Enjin motor tu jem panas je..Hangin satu badan la bro..Lepas tu apelagi terus tukar minyak hitam dan terus blah..Sempat balik rumah hantar motor pastu naik kereta pulak..Sampai keje lambat gila..Nasib2..

*keledek - kena tipu/dipermainkan

happy kerja..

Monday, April 20, 2009

Sudah seminggu aku cuti sebab demam teruk kat umah..Hari ini isnin aku mula balik kerja seperti biasa..Apalagi, banyak la drawing2 yg nk kena tgk2 balik..kerja2 designer ni penat kepala otak tau x.nasib baik Hadi ada bleh tolong2 tgk masa aku x datang tu.dia pun dah semakin advance buat design ni..Dengar cerita pulak harini bos besar xde kat ofis sbb dia nk pegi Italy sbb ada ape ntah kat sana..Ape lagi enjoy la seminggu ni rakyat2 marhein dalam ofis ini..haha..

The Fast and The Furious 4

Thursday, April 2, 2009





New Model. Original Parts. Itulah tagline tuk filem terbaru arahan Director Justin Lim. Hari ni filem ni release kat seluruh Malaysia. Filem aksi ni masih mengekalkan hero2 dari filem sebelumnya seperti Vin Diesel, dan Paul Walker. Memang best lah klu tengok trailer filem ni. jauh berbeza dari filem evolusi kl drift arahan anak yusof haslam tu (memang xbest pun cite tu..hahaha..xde kualiti.nak tiru konon).bukan nk kutuk2 tapi memang betul an??cinta je lebih..skarang ni mari kita serbu panggung seluruh negara tuk tgk cite aksi 2009 yang memang banyak dengan aksi2 yg menarik untuk ditonton oleh semua.Ape lagi jomlah..

Earth Hour

Wednesday, March 25, 2009




Yang ini memang menarik untuk di tulis.Tetapi aku rasa TNB yg rasa x menarik sekarang ni.Mana tak nye rugi besar la pengurusan TNB sebab ni.Hahaha...nak buat macamana sbab ianya disokong oleh seluruh dunia.untuk kebaikan semua gak.Earth Hour ni adalh untuk melawan global warming yang sekarang ini semakin serius disebabkan penggunaan kuasa dan pencemaran berlebihan.Lapisan ozon pulak dah semakin nipis.Pada jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam hari Sabtu ni, bergelaplah dan menutup semua lampu di seluruh negara bagi menyokong tindakan ini.Sebanyak 74 negara di dunia telah menyokong tindakan ini untuk memberi kerjasama pada Earth Hour ni dan semakin hari bilangan ini semakin bertambah.Come on Malaysia! tunjukkan yang kita semua ini menyokong demi kebaikan semua..Aku pun pasti akan menyokong!!

Vote Earth by simply switching off your lights for one hour and join the world for Earth Hour!!

Sabtu, 28 Mac, 8.30:9.30 malam.

Maulidur Rasul S.A.W

Tuesday, March 10, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W

Rasulullah SAW berasal daripada Kabilah Quraisy iaitu suku Arab yang dipercayai daripada keturunan Nabi Ismail AS. Diputrakan pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah yang biasa disamakan dgn tahun 570 Masihi.

Marilah kita bersama-sama BERSALAWAT ke atas Nabi Muhammad SAW.........

Racial Hatred!!!

Friday, March 6, 2009

Lagu dari ACAB - Racial Hatred 2.lagu lama dari album skinhead 4 life (2001).sebuah band yang sememangnya otai dalam scene underground ni.lirik lagu dia mmg penuh pengertian.memandangkan sekarang ni negara agak kucar-kacir, aku pun upload la video ni yg aku rasa sgt sesuai dgn situasi sekarang.sesetengah pihak melaung2kan isu perkauman yg melampau.mereka terlalu taksub dgn sikap perkauman mereka.kita hidup berbilang kaum di malaysia.aku malas la nk cite banyak.jadi lu fikir lah sendiri!!!..Disini aku ingin berkongsi dgn korang video(amik kat youtube) dan lirik lagu ni..Enjoy!!




still it happen in our world today
racist bastard still having to say
why can't we live in unity
one nation with pride and dignity

are there to judge by the color
are there to win by hating each other
there's a cause,a cause to fight
if it cause fight racism then we must unite

the wrath of oi unite us all
never fall, we will stand tall
living in this life we like
fighting another, racist attack

no matter if you black or white
it's not your color that makes it right
no matter if you yellow or brown
it's not your color that should put you down

unite is the thing's to be
see how strong that we can be
stick together and see it trough
the strength will build with me and you

lepas geram!!!

Wednesday, March 4, 2009

sape2 nk test power korang bleh try la...sape paling jauh tendang kira paling power...sapa2 yg memang anti watak dalam game ni (xpayah bgtau la..sendiri tgk) mmg ni peluangnya..just for fun!!!

singapura di langgar aku

Tuesday, March 3, 2009






26feb smpi 2mac o9..aku telah melanggar singapura..wakaka..best gler tp xbley blah la..mahal siot..kpd perokok tegar cm aku ni rasa terseksa cket sbb xbley merokok kt kebanyakkan tmpat..tp bgs sbb save cket..sekotak sing dollar 11.20(20 btg)x2.4=rm26.88..kira berdisiplin gak la kt sana tp blk msia jahanam blk..hikhik..

nor afiq haikal....

Dah 4 hari haikal demam..mungkin sbb org ckp nk tukar bulan kot..semalam 2 mac genap umur haikal 10 bulan..sampai mama dia amik cuti dah 2 hari nk jaga dia..tapi hari ini dia dah kembali aktif sepeti biasa..pastu siap bergaya lg dgn spec yg angah beli kt singapore kelmarin..tgklah aksi si tembam ni..semakin lasak walaupun blum pandai jalan lagi..





Baung besar!! hahaha

Wednesday, February 25, 2009



Kami bertiga je yg pergi mancing aritu.Akim,Kebab, ngan Balong kat kg Kemensah belakang Zoo negara tu.Kitorg memancing kat kolam Sure Dapat..hahaha..Kitorg pergi kul 12.00am sebab nk elakkan masa jackpot malam tu..ramai gila ahh...lepas je jackpot tu abis dalam kul 12.30am, kitorg cepat2 amik port baik kat hujung kolam tu..memang selalu port ctu..mancing 2 jam je smpai kul 3..2 joran dilabuhkan dengan umpan dedak sahaja..Balong dpt naikkan keli..hahah..besar gak la..Lepas tu baru turn Akim naikkan baung..siap berbunyi2 drag mesin dia...ikan tu bawak tarik jauh plak tu..yelaa mesin ngan joran akim kecik je..klu setakat haruan tu mmg biasa..dahlah tangguk xde..tarik smpi tepi baru bawak naik..puas gak la memancing hari tu...Best!!!

Cintaku dibawa ke mana2....

Wednesday, February 4, 2009





selamba je kan?tu diaa......

Patin Hunter @ Sukida Resort

Thursday, January 29, 2009

Memang syok gila bila pegi memancing ni.Ramai gak yg pergi camping sambil memancing kat Sukida Resort,Langat ni.Kebab,Akim,Jang,Taib,Mat jack,Emi,Todak,Amir, dan awek kebab.Kitorg bertolak dari Shah Alam pada petang Jumaat dan singgah Hulu Kelang tuk ambil akim di rumah dan terus ke Langat.Sampai lebih kurang kul 7 lebih gak la.

Smpai je terus letak barang2 kat dlm chalet.Rehat jap sambil susun barang2 pancing.Dalam pukul 8 lebih semua dah mula memancing.Sambil tggu tu,kitorg makan sandwich sardin ngan nasi goreng yg dibawa dari rumah.Masing-masing memang mengidam nk naikkan patin ngan tongsan je malam tu.Tunggu punya tunggu,talapia pulak yg naik.haha..asyik talapia je yg naik..kul 7 pagi barulah dapat naikkan haruan.Besar gak la..Ingat berat dalam 700gram kot..menyambar rakus umpan dedak yg dipasang.

Memang happy semua hari tu..penat pun ada gak la tapi kenangan memang banyak hari tu.Dalam kul 4 petang kitorang kemas nak balik.Sempat lagi singgah air terjun kat tepi jalan mandi manda..fuhhhhh memang lega badan bila mandi tu..sejuk gila air…Next time memang nk pergi lagi pancing toman pulak ke,rohu ke kat mana2..memang best!!!



bersungguh-sungguh senyum nih...


Jang ngan Akim sempat posing kat tepi2 tu..


perjalanan pulang setelah puas


candid ja ni.xtau buat pe tu.


Kebab berjaya menaikkan Talapia


mandi-manda semasa dalam perjalanan pulang..yezzaaa!!

Bukti hasil musik yg berkualiti!!

Monday, January 19, 2009

Kalau dilihat dari segi lirik dan persembahan, memang boleh dijangka jugak lah kemenangan Meet Uncle Hussien dalam kategori Pop Rock dan Juara Lagu pada malam AJL ke23 semalam..klu nk dibandingkan hanya 2 atau 3 lagu je yg layak bersaing hebat ngan lagu kumpulan ni..heheh..Tak sangka pulak band indie boleh menang dalam AJL dua tahun berturut2.Sebelum ni Estrange pernah menang jugak.Mungkin dari situ kita tahu lagu2 ciptaan anak muda dari underground memang berkualiti.Cuma banyak pihak tidak memandang yang golongan ini boleh pergi jauh dalam menghasilkan musik mereka yg tersendiri.

Walaupun malam tu Faizal Tahir mendominasi 3 anugerah, kategori persembahan terbaik, vokal terbaik, dan kategori balada namun tidak disangka Juara lagu berpihak kepada MUH.Tahniah..Selepas ni harap ada pihak yang membuka mata untuk menyokong dan memajukan industri musik yg dibawa dari golongan2 underground.Tidak hanya memandang pada musik dari Indonesia saja.Bayak lagi musik yg berkualiti yg dihasilkan dari band2 dari Malaysia.Mari kita support musik yg berkualiti!!!keep on rocking!!

Chiptune 8-bit music @ Youth 09

Thursday, January 15, 2009

Aku pegi ngan Acim@Botuck berdua je tgk member dia perform..hari tu sabtu 10hb kat Youth 09@PWTC dua chiptuner je yg perform..Mikrochip No32 dgn Mikrobotmen je..diorg buat muzik sendiri..gempak!!..si Acim bukan main suka sambil kutuk member baik dia Mikrochip No32 perform..mane tidak nye,Acim cakap sekejap je si Am (mikrochip no32) da jadi artis kegilaan remaja masa kini..diorg ni student Uitm..baru je abis..lepas je abis diorg perform, aku ngan Acim berjalan pulang sambil tengok2 booth kat ctu..ramai orang kagum pasal 8-bit musik ni..hahaha



model handbag terlampau



model handbag dari benua afrika.>>isuhangat.blogspot.com

farewell party glam night

Wednesday, January 14, 2009


Malam yang happening..bukan pening tau..ya..memang happening malam tu..di buat khas untuk pelajar2 akhir GMi..Farewell Party Glam Night..aku xpakai yg glamour pun..mane ada masa nak prepare ni semua..aku datang pakai t-shirt,sweater,jeans, dengan converse ja..haha..itu pun ada org ckp aku stylo..buta ke pa?..kahkahkah..biar la..siap ada red carpet lagi tuk menyambut kami semua..Thanks bebanyak kat Miss Safrina sbb organize party ni tuk kitorg..aku malam tu kena menari ngan bapuk siot..memang lawak gila vavi ahh..dari mana ntah organizer jemput..real bapuk tu..bukan lakonan wehh…tapi yang penting semua pelajar akhir di rai dgn begitu meriah sekali malam tu..cuma xde live band je..aku tanya organizer "kenapa xde live band?".diorg cakap "xsempat la.rushing sgt.tp live bapuk kan ada"...Iyolah..yg penting enjoy malam tu..

selamat tinggal GMi

Yahoo!!!…aku da abis final external presentation dah..hua hua hua..gile kau..aku prepare project aku tuk kali terakhir 7 hari 7 malam tu sebelum presentation ni..pastu aku dgn bangganya demo aku punya projek dpn verifier2..inilah presentation yg terakhir skali..aku berjaya menamatkan pengajian aku di GMi.advance technology tu.pasni rilek kat umah je dulu.take time.rest puas2.internet 24 jam..pasni bleh g gig seluruh Malaysia..sebab aku da bebas.aku memang ada niat nk smbung belajar.tapi x tau yang di dalam @ di luar negeri…kepada kawan2 aku, semoga korang berjaya dalam apa yg di ingini..check it out!!





Q & A session





happy gile korg ek??yaa..memang happy pun sebab da abis segalanya