Bosan.

Wednesday, June 23, 2010

Huhhh..Sekarang ni masa aku byk dihabiskan kat rumah je.
Bangun mesti tengahari punya lepas tu mesti cari makanan.
Makan Bola Tidur Makan Bola Tidur.
Kadang2 petang turun padang main bola.
Lama betul result exam nak keluar.Mungkin awal bulan Julai kot.
Aku harap-harap semua berjalan lancar.
Tengok World Cup kat rumah je.
Ada gak budak2 ajak tgk kat pub.Malas ahh.Duit semua tu.
Cuaca semakin bagus nampaknya.
Jadi sekarang aku rasa aku dah gemuk sikit kot sebab tadi aku timbang dah cecah 60.1kg.
Dah naik 2kg.woww!

p/s: Aku tengah bosan gila ni.

Tahniah Bro!.

Thursday, June 17, 2010


Harap segalanya berjalan dengan lancar.

12 Jun 2010 yang lepas adalah hari pertunangan abang aku, Nor Syarizal Abdullah atau lebih dikenali dgn nama Bob @ BobBa bersama buah hatinya yang dilangsungkan di Kuala Lumpur. Aku sebenarnya pun belum kenal lagi dgn bakal kakak ipar aku. takpe. sekarang aku kirimkan salam kenal gak- salam kenal dari adikmu di england! hehe..

Apa-apa pun semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan terus ke akhir hayat. Kumpul duit wehh. takde lagi enjoy2. nanti mak marah. sebab nanti kahwin ramai gila nak datang.mesti grand punya.Tahniah!

p/s: sumber gambar dari facebook.

Viva La Albiceleste!

Saturday, June 12, 2010

Ya! Demam piala dunia sudah bermula. aku tengok masing-masing dah tukar profile picture kat FB. dah takde dah 'black photo GAZA'. semua dengan gambar bendera atau logo pasukan yang disokong. aku pun dah tukar profile picture aku. memang piala dunia ni di tunggu oleh peminat-peminat bolasepak seluruh dunia setiap 4 tahun. tuan rumah kali ni kat Afrika Selatan. inilah waktu kemuncak yang paling menghiburkan setelah puas dengan persembahan kelab-kelab bolasepak eropah (aku layan liga eropah je) yang baru saja tamat season bulan lepas.

Kali ini aku tgk memang banyak pasukan yang mantap2 dengan dibarisi bintang2 yang 'world class'. ramai pulak kawan2 dgn abang aku yang pilih pasukan dari eropah. yang paling mendapat sambutan ialah Spain. hehehe... aku tgk memang player2 dia antara terbaik dunia. persembahan cemerlang di peringkat kelab seperti Torres, Villa, Fabregas, Xavi..huh! terbaik beb.


Argentina World Cup Squad 2010

Tapi perlu diingat jugak, pasukan kegemaran aku kali ni, Agentina. dibarisi pemain2 bertaraf 5 bintang. Messi, Tevez, Aguero dan ramai lagi lah. kalau nak tengok line up Argentina korang check kat sini . Okaylah, aku sebenarnya tak banyak nak cerita pun pasal piala dunia ni. apa-apa pun korang enjoylah dengan Piala Dunia edisi ke-19 ni. Viva La Albiceleste!!!

p/s: memang ramai tgh 'scout' player2 ni untuk kelab masing2.






Tidak aktif.

Wednesday, June 9, 2010


Huh!
Aku pun pelik gak ni.
Dah selesai segala pun jarang nak update blog.
Sebab asyik tidur je.
Dah nak dekat seminggu takde cahaya matahari terik.
Mendung dan hujan saja.
Memang best duduk dalam selimut dan tidur.
Tapi dalam hujan renyai pun turun main bola gak.
Nanti kalau aku ada mood nak berbelog, aku tulis lah.
Asalkan semua pandai menjaga diri.
Hibernasi.

p/s: Psycho la kau!

Selepas selesai.

Saturday, June 5, 2010

Memang pshycho jawapan aku kat formspring aku tuh. aku peduli apa. banyak soalan tanya pasal awek je. hahaha. korang jeles ke tgk aku sedang gembira, bahagia, tersenyum, tergelak, dan bersedih?. okay2 stop! sorrylah, aku xde niat pape cakap macam tu pun.hehe. lupakan. yang penting sekarang ni aku dah abis exam dah. project VIVA pun dah lepas kelmarin.

after last exam paper.

Tapi aku belum merasakan merdeka lagi. sebab result tak keluar lagi. risau je rasa ni. takpe, sekarang ni dah takde pressure lagi dah. tinggal masa tuk aku rileks2 *sebelum ni pun rileks gak.hehe. petang2 dah boleh main bola kat padang ngan Craig dah konco-konconya. Now, it's footy, gaming, movie, and jalan-jalan time! no shopping - because i'm lack of quid! hahaha.cheers!

Nafsu.

Tuesday, June 1, 2010


Dah lama betul tak pergi newcaslte.asyik busy dgn exam je. sebenarnya exam ada lagi satu paper dgn presentation. tapi disebabkan harini kat UK bank holiday, kitorang pun holiday gak dari study. hehehe. tiba-tiba je housemate aku ajak pergi newcastle. katanya nak pergi TK-Maxx kat newcastle nak cari seluar. mula-mula memang malas nak pergi sebab mana ada duit nak shopping ni. lepastu dia cakap nak pegi makan buffet kat Gekko. fuhhh..tanpa berlengah aku terus mandi dan siap. kalau pegi makan kat situ memang aku 'on' punya! bab makan-makan ni aku memang no.1 beb.

Apa yang bestnye kat Gekko ni? haaa ni aku nak habaq mai ni. kat situ yang bestnya buffet dia murah gila. £6.99 untuk satu kepala. ada pulak diskaun 10% untuk student. lagi pulak kitorang ni student, jadi kau kiralah berapa je kena bayar. makanan apa yang ada? perghhhhh...yang bestnye sbb ada makanan Malaysia lah. makanan Thailand, Singapore, China dan Jepun pun ada gak. dahlah makanan South East Asia ni limited sangat kat UK ni.





Menu yang menjadi pilihan kitorang kat Gekko ni ialah:

-Mee goreng
-Nasi goreng kampung
-Bihun goreng singapura
-Ayam sweet sour
-Daging black pepper
-Sotong goreng tepung
-Ayam Lemon
-Sushi
-Oyster Mushroom
-Vanilla ice-cream
-Pisang goreng

dan macam-macam lagilah. makanan western pun kitorang tibai gak. walaupun dah biasa makan. aku sebenarnya dah lupa menu apa lagi yg kitorang makan. tapi memang banyaklah. siap tak abis lagi dah ambil yang baru. semua nafsu macam nafsu kuda. HAHAHAHA. apa-apa pun kalau kitorang pergi newcaslte, memang ni tempat singgah makan pilihan utama kitorang. lepas makan baru gerak pegi TK-Maxx kat monument. aku sempat sambar jeans Ed-Hardy sehelai. yang ni aku memang tak boleh tahan. terpaksa beli sebab harga tgh less kaw-kaw. hehehe. jangan jeles haaa. bukan main happy lagi budak2 ni. okay, sekarang aku rasa nak gelak lah.HAHAHAHAHAHA.tetiba je kan? masing-masing sudah bergaya dengan sunglasses. Ohh lovely summer at Newcastle!!