BannerFans.com

Selamat Jalan.

Saturday, July 31, 2010

Genap 2 minggu aku tak update blog. Harini nak tulis pasal sedih2 la. hehe...Semakin hari semakin terasa bahang kesedihan yang akan berlaku. Hari ni sorang geng 'senyum-senyum' aku pulang ke Malaysia buat selamanya. Esok pulak ada lagi sorang. Yang lain-lain ramai balik masa bulan puasa ni. Tinggal beberapa je yang masih stay untuk setelkan sikit lagi kerja-kerja yang tertangguh termasuk aku. Fuhh.. terasa gak lah..aku kena teruskan usaha yang tinggal sebulan je lagi. Terpaksalah aku beraya disini. nak buat macamana. InsyaAllah segala yang aku buat semoga mendapat rahmat dariNYA. Aminn.......

p/s: letih nak fikirkan pasal orang lain.. susahlah duk jauh ni.. :((

Dua puluh lima.

Friday, July 16, 2010

Mungkin ini pertama kali ulangtahun hari lahir aku berada jauh di rantau orang. Pengalaman ini sangat mendewasakan. 16 Julai adalah tarikh yang paling bertuah bagi aku. Ucapan dari bonda aku yang jauh di Malaysia melalui telefon sangat bermakna. Walau hanya beberapa minit cukup buat segalanya.

Hari ini menjadikan aku semakin bersedia menghadapi segalanya. Terima kasih buat kawan-kawan yang mengenali aku tak kira dari Malaysia, Sunderland, dan laman maya facebook kerana memberikan ucapan pada aku. Aku menyayangi kalian semua! Cukup sekadar ucapan sahaja sudah bermakna bagi aku.

Aku terasa sangat jauh dengan keluarga tetapi aku perlu kuat untuk meneruskan cita-cita aku.
Selamat Ulang Tahun Nor Hakim! ;')



Ayam bakar.

Wednesday, July 14, 2010

Peram satu malam. itu ini semua campur. untuk bakar di rumah Saiful keesokan hari.
Sedap jugak rasa ayam tu. Just nice!



Semua student Malaysia dijemput hadir. tapi tak semua yang dapat hadir pun.
Masing-masing seronok makan sambil bersembang.
Terima kasih Saiful, Mass dan budak cute Aish sebab jadi tuan rumah untuk majlis ni.
-BBQ with All Malay Students-

But know this.

Friday, July 9, 2010


The ones that love us never really leave us.
-Sirius Black-




Belum masa aku.

Sunday, July 4, 2010

Harini aku nak tulis entri yang korang mesti anggap mengarut @ bodoh. aku tak peduli.

Aku ni bukannya seorang yang handsome pun.
Memang susah lah nak memenangi hati kamu.
Banyak lagi kekurangan.
Kulit aku gelap2 je tak cerah pun pastu bila berpeluh memang nmpak muka berminyak pastu selekeh.
Dah nampak point besar dia kat situ kan?
Rambut aku tak style pun sebab aku tak pandai nak stylekan sebab rambut aku keras dan curling.
Kadang-kadang aku pakai topi je untuk menutup rambut yg serabai.
Mungkin aku nampak sedikit comel kalau pakai topi.
Aku masih mencuba untuk berfesyen supaya orang lain memandang aku.
Cara pemakaian t-shirt, jeans, kasut, jam tangan, semua aku cuba.
Entahlah.
Dulu kamu cakap tak kisah semua tu tapi aku tengok macam kisah je.
Mungkin itu salah satu pengaruh.
Takpelah bukan rezeki aku.
Aku tak kisah dipandang rendah sebab aku tak mampu menghalang.
Bila agaknya aku boleh habiskan belajar pastu masuk ke alam pekerjaan?
InsyaAllah.
Sedih tu memang sedih jugak bila tengok semua tersenyum di Malaysia sedangkan aku bersedih di tempat orang.

Dulu lain sekarang lain. Dulu kamu janji lain sekarang kamu buat lain.
Bukanlah setiap perubahan itu kemajuan, tetapi setiap kemajuan bermula dengan perubahan.
Alhamdulillah.
Aku masih inginkan dari A -Z itu.
=)

Nice try!

Thursday, July 1, 2010

When it's a day you're feeling like a sky is falling,never give up,cause everyday is a new day!


p/s: aku rindu ingin pulang tapi aku terpaksa beraya di England.