BannerFans.com

Bukti hasil musik yg berkualiti!!

Monday, January 19, 2009

Kalau dilihat dari segi lirik dan persembahan, memang boleh dijangka jugak lah kemenangan Meet Uncle Hussien dalam kategori Pop Rock dan Juara Lagu pada malam AJL ke23 semalam..klu nk dibandingkan hanya 2 atau 3 lagu je yg layak bersaing hebat ngan lagu kumpulan ni..heheh..Tak sangka pulak band indie boleh menang dalam AJL dua tahun berturut2.Sebelum ni Estrange pernah menang jugak.Mungkin dari situ kita tahu lagu2 ciptaan anak muda dari underground memang berkualiti.Cuma banyak pihak tidak memandang yang golongan ini boleh pergi jauh dalam menghasilkan musik mereka yg tersendiri.

Walaupun malam tu Faizal Tahir mendominasi 3 anugerah, kategori persembahan terbaik, vokal terbaik, dan kategori balada namun tidak disangka Juara lagu berpihak kepada MUH.Tahniah..Selepas ni harap ada pihak yang membuka mata untuk menyokong dan memajukan industri musik yg dibawa dari golongan2 underground.Tidak hanya memandang pada musik dari Indonesia saja.Bayak lagi musik yg berkualiti yg dihasilkan dari band2 dari Malaysia.Mari kita support musik yg berkualiti!!!keep on rocking!!

0 komen: