Protes Rakyat Malaysia...

Thursday, July 17, 2008





Rakyat Malaysia digemparkan dengan penangkapan Dato' Seri Anwar Ibrahim pd 16 Julai 2008 jam 1 petang atas laporan liwat oleh Saiful budak mentah. Cara penangkapannya membuatkan rakyat menjadi bingung skali. Aku sendiri difahamkan cara penangkapannya tak ubah seperti menangkap seorang ketua militan yg amat dikehendaki. Mana tidaknya seramai kira2 puluhan anggota khas siap bertopeng xubah seperti dlm filem S.W.A.T tu menyerbu dan menangkap DSAI beberapa kilometer dari rumah DSAI yg ketika itu dlm perjalanan pulang dari pejabat BPR ke kediamannya di Bukit Segambut. Padahal pihak polis menyatakan “itu adalah prosedur biasa” yg dilakukan oleh pihak kami. Pada malam tu Aku dgn Bangah pun pergi melihat keadaan yg berlaku di depan IPK Jln Hang Tuah. Rupanya ramai lagi rakyat yg tidak puas hati diatas penangkapan DSAI. Mereka membakar lilin bg menunjukkan protes beramai2 dihadapan IPK Jln Hang Tuah. Malah telah ramai anggota polis beruniform, preman, dan anggota FRU mengawal dihadapan pintu masuk IPK itu. Terdapat beberapa buah trak FRU juga telah bersedia pd bila2 masa untuk bertindak (semburan ‘MAUT’) seolah-olah rakyat M’sia ini ingin membuat huru-hara sedangkan hanya menyalakan lilin dan duduk di kaki lima jalan untuk menyatakan protes sahaja . Tetapi semua keadaan dpt dikawal diatas kerjasama dan disiplin yg tinggi ditunjukkan oleh orang ramai. Setelah beberapa jam Aku dan Bangah disitu, dan beberapa maklumat yg kami dapat mengenai DSAI, kami pun pulang dengan memikirkan apakah yg akan berlaku pada politik M’sia pada masa kini? Hanya disebabkan laporan oleh seorang yg di ‘kambing hitamkan’ oleh ‘pihak tertentu’ boleh menyebabkan Negara M’sia yg tercinta boleh menjadi huru-hara. Mana perginya ‘kambing hitam’ itu? Lu Fikir La Sendiri!!! Acu@Donut…

p/s : 16 Julai hari jadi Acu..hihihi

1 komen:

Nor Amran said...

CAYA LAH LU BRO.........

HAPPY BESDAY BEB