BannerFans.com

Beraya di Kampung

Monday, October 24, 2011

Setelah diamati dan dibuat analisis, akhirnya gambar2 didalam memory card aku berjaya diselamatkan daripada makanan virus-virus. Aku sebenarnya nak selamatkan gambar masa raya baru2 ni sebab ini kali pertama aku beraya di Malaysia setelah dua kali raya beraya diperantauan.Raya kat kampung kat Jelebu N9.Kat belakang rumah tu ada sungai tau.kekeke.Dengan besar hati aku tayangkan buat kali pertama didunia.

Yang ni gambar dgn family aku.yang takde dlm ni Balong n family dgn Bangah n wife.


Yang ni pulak dgn Pakcik n makcik belah Emak

Ok itu sahaja buat kali ini.haha

We will fight


Malam td mmg nightmare bagi aku.Kekalahan besar Man United.Memang diakui permainan Man City memang world class.Walau apapun Man United tetap dihati.

From the banks of the river Irwell,

To the shores of Sicily,

We will fight fight fight for United,

Till we win the Football League,

To hell with Liverpool, to hell with Man city (They're shit!),

We will fight fight fight for United, till we win the Football League!

Sapu!


Sapu sapu sapu.Bersihkan semua sawang2 kat blog ni.Lama betul tak update entri baru. Kesian aku tgk blog ni.Bukan apa, aku takde masa nak menguruskan.Sekarang aku dah punya masa nk menguruskan.Tunggu kemunculan entri baru.Haha *still got no idea*

Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?

Friday, June 24, 2011

-Petikan diambil dari Malaysiakini-

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk “bertindak tegas’ terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Gulingkan kerajaan

BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:

Perhimpunan adalah secara aman
Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini
Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.
Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Banyak rungutan

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

Selepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes ‘bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

Lebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Amat mencurigakan

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya.

Apakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.

p/s: aku memandang serius perkara ini.adalah menjadi hak kita sebagai rakyat untuk bersuara demi keadilan semua rakyat Malaysia.

Sibuk

Wednesday, April 13, 2011



Huhh rasanya semakin lama semakin aku sibuk. Aku terpaksa mengurangkan aktiviti berbasikal secara mengejut. memang culture shock masa mula2 dulu. selama 5 bulan aktiviti harian aku bangun tidur tengahari lepas tu makan, tidur, mengayuh basikal, memancing dan tidur balik jam 4 - 6 pagi. tapi sekarang ni perubahan mendadak berlaku. aku sudah bekerjaya seperti org lain dan aktiviti aku hanya terikat dengan tempat kerja. zaman belajar aku dah tamat. no more tidur lewat! hanya hari minggu baru boleh. haha...aku seronok kat sini. perubahan diri perlu dilakukan juga tapi aku tetap rindu dengan yang dulu. cheers! :)

Honda

Saturday, April 2, 2011



ok.ini sahaja aku nak letak.cukup. =)

Basikal

Monday, February 14, 2011














Maulid Nabi Muhammad SAW

V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶s̶ ?? Maulid Nabi √ ♥
Dah lama aku tak mengemaskini blog ini.fuhh bersawang.tiba2 aku terfikir tentang nasib blog ni.haha.takpe2 bukan itu aku nak cerita sebenarnya.aku nak cerita ini - aku saja nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Maulid Nabi Muhammad SAW kadang-kadang Maulidur Rasul, Maulud atau Maulid Nabi saja (bahasa Arab: مولد، مولد النبي‎, mawlidun-nabī), adalah peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW, yang di Malaysia perayaannya jatuh pada setiap tanggal 12 Rabiul Awal dalam penanggalan Hijriyah. Kata maulid atau milad dalam bahasa Arab berarti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi merupakan tradisi yang berkembang di masyarakat Islam jauh setelah Nabi Muhammad wafat. Secara subtansi, peringatan ini adalah ekspresi kegembiraan dan penghormatan kepada Nabi Muhammad.

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam seluruh dunia agar kita dapat membangkitkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW.

*google images