Memang setiap petang sepatutnya aku dpt main street soccer kat gelanggang tennis bawah condo aku, tapi disebabkan kerja final project yg melambak telah membuatkan semua hasrat utk bersukan tergendala.Dah la hobi aku mmg main futsal/street soccer. Akhirnya selepas saja semua kerja final project 1 selesai, kitorg dpt main street soccer dgn puas skali (sampi azan maghrib pun xperasan).Sebelum aku pindah ke rumah sewa baru, aku sempat buat kali terakhir bermain dgn puasnya di gelanggang itu.Selepas ni dah ada tempat nak bersukan kat kampus baru.haha (sempat amik gambar buat kenangan)……..
street soccer............
Thursday, June 19, 2008
Dikirim oleh
mr.donut
pada
2:26 AM
0
komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
hari presentation FYP1 adoiyai........
Monday, June 16, 2008
Setelah berhempas pulas untuk beberapa bulan ini, akhirnya Group D54 telah berjaya membuat satu presentation Final Year Project 1 (FYP1) untuk project Knife Clip Base.Group D54 terdiri dari 4 org iaitu aku sebagai die designer merangkap sebagai group leader, Abah sebagai kira2 utk budget dan costing (mcm accountant gak kot), King sebagai kira2 utk die calculation dan report writer (catit kerja2 sepanjang FYP1), dan Opie sebagai process planner dan project schedule planner (plan kerja2 untuk FYP1 dan FYP2).Pada 5 jun 2008, hari khamis jam 8.30am, kami telah membuat satu presentation dihadapan 4 org lecturer merangkap verifier yg terdiri dari otai2 tentang die construction dan die calculation. Manakala seorang lagi ialah lecturer untuk subject English. Setelah satu jam masa berlalu, beribu jenis soalan di aju, kami dgn ‘ready’nya dpt menepis segala soalan2 ‘panas’. Aku dpt menjawab segala soalan mengenai die construction. Aku diberitahu bahawa group ini mendapat highest marks antara group2 lain dalam presentation ini. Kos untuk project ini di anggarkan mencecah kira2 RM15,000++ termasuk kos material dan standard parts. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini aku masih meng’update’ design untuk memastikan tidak ada masalah ketika FYP2 nanti (proses machining dan assembly). Selepas ini aku akan berpindah ke campus baru GMi di Bangi utk meneruskan perjuangan FYP2.
Dikirim oleh
mr.donut
pada
11:50 AM
0
komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Minyak oh Minyak......
Sunday, June 8, 2008
Kita sering bandingan harga petrol dan diesel kita dengan negara ASEAN yang bukan pengeluar bahan api petrol dan diesel. Cuba kita bandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak.
Bagaimana dengan Venezuela? Atau pun Iran? Ah sinonimnya 2 buah negara ini selain menjadi pengeluar minyak utama dunia dan kemudian menjual minyak kepada rakyatnya dengan harga yang murah, juga terkenal dengan wanita-wanitanya yang jelita. Ya! Wanita Iran dan Venezuela.
Baiklah berbalik kepada 2 negara ini, mengapa mereka selaku pengeluar minyak boleh menjual minyak dengan harga yang murah? Sebab mereka jual minyak mengikut harga pasaran dunia, dapat untung berbilion-bilion, yang dikategorikan sebagai wang rakyat, disalurkan semula untuk rakyat. Dan mungkin juga kerana Chavez dan Ahmedinajad bukan seorang yang korup, boros serta tamak. Ah! Romantisnya gabungan Chavez dan Ahmedinajad.
Memperbaiki pengangkutan awam, menjadikannya lebih efisyen, murah dan berkualiti. Maka rakyat akan berbondong menggunakannya. Ini tidak, rakyat disuruh mengubah gaya hidup ketika masing-masing mempunyai sebiji, dua biji, atau pun lebih berbiji-biji kereta. Dan motosikal. Nak ubah macam mana lagi. Ubah la gaya hidup pemimpin dulu. baru rakyat boleh ikut.
Bangkitlah rakyat Malaysia menyuarakan pandangan, jangan biarkan golongan tertentu terus dengan sikap sedemikian, mereka tidak lagi mahu membela dan memikirkan nasib golongan kurang berada asalkan mereka terisi dengan harta kita!
Dikirim oleh
mr.donut
pada
3:30 PM
0
komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Posts (Atom)