Kita sering bandingan harga petrol dan diesel kita dengan negara ASEAN yang bukan pengeluar bahan api petrol dan diesel. Cuba kita bandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak.
Bagaimana dengan Venezuela? Atau pun Iran? Ah sinonimnya 2 buah negara ini selain menjadi pengeluar minyak utama dunia dan kemudian menjual minyak kepada rakyatnya dengan harga yang murah, juga terkenal dengan wanita-wanitanya yang jelita. Ya! Wanita Iran dan Venezuela.
Baiklah berbalik kepada 2 negara ini, mengapa mereka selaku pengeluar minyak boleh menjual minyak dengan harga yang murah? Sebab mereka jual minyak mengikut harga pasaran dunia, dapat untung berbilion-bilion, yang dikategorikan sebagai wang rakyat, disalurkan semula untuk rakyat. Dan mungkin juga kerana Chavez dan Ahmedinajad bukan seorang yang korup, boros serta tamak. Ah! Romantisnya gabungan Chavez dan Ahmedinajad.
Memperbaiki pengangkutan awam, menjadikannya lebih efisyen, murah dan berkualiti. Maka rakyat akan berbondong menggunakannya. Ini tidak, rakyat disuruh mengubah gaya hidup ketika masing-masing mempunyai sebiji, dua biji, atau pun lebih berbiji-biji kereta. Dan motosikal. Nak ubah macam mana lagi. Ubah la gaya hidup pemimpin dulu. baru rakyat boleh ikut.
Bangkitlah rakyat Malaysia menyuarakan pandangan, jangan biarkan golongan tertentu terus dengan sikap sedemikian, mereka tidak lagi mahu membela dan memikirkan nasib golongan kurang berada asalkan mereka terisi dengan harta kita!
0 komen:
Post a Comment