Pemancing Amatur yang Tegar

Friday, September 5, 2008



Maka pada 30 & 31 August 2008 bersamaan dengan 51 tahun merdekanya tanah melayu dari jajahan inggeris, aku dan rakan2 rumah besar padang jawa telah bersepakat untuk pergi mengail sambil berkelah di Tekala, Hulu Langat demi untuk memenuhi jiwa gelodak ktorg yang sekian lama terpendam ini…sesuai dengan jiwa sebagai seorang pemancing tegar yang mendambakan ikan2 bersaiz gergasi, malam sebelum bertolak ke lokasi, ktorg telah bertungkus lumus menyediakan kelengkapan bertarung yang secukupnya demi memastikan impian ktorg di sana nanti tidak terkubur…dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi, ktorg seramai 5 org pun bertolak ke lokasi yang dipercayai mempunyai potensi untuk memenuhi impian ktorg itu lebih kurang pada pukul 4 ptg…tiba je di lokasi, ktorg pun terus melabuhkan joran masing2 dgn harapan yang tinggi melangit...namun hasil pada petang itu x berapa memberangsangkan..namun ktorg tetap gigih memancing dan keesokan harinya aku hampir saja berjaya menawan ikan bersaiz gergasi di dalam kolam tersebut…namun nasib x menyebelahi…rakan2 aku yang lain juga hampir dapat melumpuhkan gergasi itu tapi memang nasib x menyebelahi ktorg pada hari itu…huhu…tengahari itu ktorg pun bersiap2 utk pulang ke Shah Alam dengan tekad untuk kembali satu hari nanti untuk menawan ikan gergasi di kolam itu….hehe….yiippeee…

0 komen: