BannerFans.com

Bersatulah.

Tuesday, August 31, 2010

sumber: yahoo images


Ohhh...
Sudah 53 tahun negara tercinta kita merdeka atau bebas atau boleh berdiri atas kaki sendiri.
Hmmm betul kah semuanya sudah merdeka dari jajahan?
Yaa..kita telah merdeka dari jajahan British hasil rundingan di London pada 1957.
Yaa..kita juga telah menjadi salah satu dari negara-negara Komanwel sejak dari itu.
Bagi aku, semua yang kita kecapi sekarang adalah dari hasil kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Aku bangga dengan Malaysia
Tetapi yang sedihnya kita masih lagi belum bebas bersuara.
Ayuh bersatulah anak muda!!!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Nila Setitik.

Saturday, August 28, 2010


Macam2 kerenah orang zaman sekarang ni. Bila tengok balik rasa nak tergelak pulak. Ini semua pasal isu racism la ni. Orang melayu kutuk cina, cina kutuk melayu, india pun tak terlepas jugak. hahahaha...pening kepala gak la fikir. Bila aku terbaca pasal kes seorang pengetua sekolah berucap di perhimpunan sekolah dengan tak menapis mulut tu jadi aku terus rasa marah. Mana tak nya, sebab dia punya mulut je semua orang melayu lain jadi mangsa maki hamun bangsa lain. kalau dia senyap je mesti tak jadi masalah ni. huhhhh..pangkat dah pengetua tapi berucap dikhalayak ramai tak boleh menggunakan akal dengan waras. Kamu tu duduk di negara berbilang kaum. Jangan jadikan isu perkauman sebagai nak lepas tekak je. Tapis2 la sikit.

Agak2 kalau dia ada kat UK baru dia tahu mcmana. Orang2 kat sini bukannya suka dgn bangsa lain. Mau kena maki hamun cikgu tu.hehehe..Orang sini tak suka bangsa lain cari makan kat tmpat diorang. Jadi kita kena pandai hormat-menghormati bangsa lain bila kita duduk di negara berbilang bangsa ni. Tapi tak menjadi masalah kalau kita bekerjasama. Jangan fikir kita selesa dinegara kita je tapi bila berada ditempat orang kita di layan seperti anjing. Baru nak menyesal agaknya cikgu tu kalau berada kat tempat aku berada sekarang. Dipandang hina sama taraf macam orang bangladesh dan indonesia. Tapi orang bangladesh kat sini pun lagi tinggi taraf dari orang melayu malaysia tau tak.

Aku cerita ni bukan pasal aku tak mahu berbangga dgn bangsa sendiri tapi perlu di ingat kita takkan maju kalau kita asyik menyalahkan bangsa lain je. Kalau kena kat batang hidung sendiri barulah nak menangis tak berlagu. Pengalaman selama aku berada di tempat orang ni byk mengajar. Tak guna kalau kita mengungkit kalau bangsa melayu sendiri belum maju kehadapan. Hormat menghormati lebih baik dari kita memecah belahkan bangsa2 lain. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata buruk padahnya. Aku sedih betul bila tengok seorang yang professional ni bercakap tak bertapis.

Kita sebagai bangsa melayu perlu menggunakan pendekatan yang lebih khusus dalam menyelesaikan masalah2 ni. Kita selesaikan dengan cara yang lebih profesioanal bukan dengan cara hanya melepas batuk ditangga. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Aku malu dengan kawan2 aku yang berbangsa lain. Aku bangga dengan bangsa aku Melayu tapi jangan kita mulakan pertelingkahan ini takut kerana melarat sehingga melibatkan agama islam yang tercinta. Wallahualam...

Dalam.

Wednesday, August 25, 2010

bengang lagi,
bengang yang sudah lali,
bengang yang menjadi semakin teruk,
dan ianya menjadi satu penyakit,
penyakit yang di anggap sudah biasa,
penyakit yang bukan dari keturunan,
penyakit yang datang dari luar,
penyakit yang sangat dalam tertanam,
puas sudah digali untuk membuangnya,
tapi masih dicangkul -belum selesai lagi - berpeluh-peluh.

elok sahaja menjadi bisu dari pandai berkata,
sakitnya kalau pandai berkata,
menjadi bisu mampu mengurangkan sakit,
mungkin terus terhapus,
aaaaaahhhhh!

yang pandai berkata boleh membunuh nyawa manusia,
ramai yang akan terbunuh - cukuplah!,
berhenti dari membunuh nyawa yang tidak berdosa,
tak percaya apa yang berlaku?
cuba menjadi bisu,
cara itu lebih mudah untuk percaya,
tetapi jangan jadi bodoh,
kerana itu lagi merumitkan keadaan,
akal yang cerdik dapat menghindarkan segala,
gunakan sehabis-baik,
semua berpunca dari akal dan turun ke lidah - berhati-hatilah!

-nor hakim abdullah-
-roker avenue,sunderland-

p/s: aku tak pandai menyanyi.kalau menyanyi mesti off-key.haha :)

Masih.

Monday, August 23, 2010


Aku masih begini.

Belum dapat apa2 perubahan. kadang2 orang pernah cakap 'kalau kau baik sangat pun tak boleh juga sebab belum tentu orang akan baik2 dgn kau'. Aku tak percaya pun. Biarlah. Aku bangga apa yang aku ada, apa yang aku capai, apa yang aku buat. Ada pro dan kontra. Aku tetap begini juga. Cuma hasilnya belum lagi ada. Tidak berkesan lagi setakat ini. Malah tidak terkesan langsung.

Kotor yang ada pada aku belum lagi bersih dicuci. Aku mahu kotor tu bersih sehingga bersinar agar menyilaukan mata orang yang memandang. Aku akan puas tersenyum kalau hasilnya aku dapat. Menjadi orang yang bagus2 bukan mudah. Perlu pendekatan yang maksimum. Heh...

Aku suka senyum sampai mata jadi sepet.... :)

p/s: seronok berpuasa di sini. hari-hari masak sendiri.mesti jadi pandai masak lepas ni.hehehe

salam Ramadhan.

Wednesday, August 11, 2010

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran diatas kehadiran bulan yang paling mulia dalam kalendar Hijrah, bulan Ramadhan Al-Mubarak.Aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Semoga di bulan yg mulia ini dapatlah kita menjaga iman kita sekaligus dapat membersihkan hati kita dari gangguan syaitan. InsyaAllah.

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog yang beragama islam dan juga seluruh umat islam di dunia. Salam Ramadhan.

p/s: 18 jam berpuasa di UK ni mmg mencabar iman aku.hehe.i'Allah semuanya akan berjalan lancar.

Bola Cat

Saturday, August 7, 2010

Perhatian: Aksi tembak-menembak dibawah ini adalah perlu pengawasan ibu-bapa bagi yang dibawah umur.

Ini adalah satu pengalaman yang paling tidak dpt dilupakan oleh aku dan juga semua. Seramai lebih kurang 37 orang yang terlibat. Bertolak seawal jam 8.30pagi 4 Ogos 2010 dari Sunderland ke Newcastle melibatkan 9 buah kereta. Sebenarnya ini adalah perancangan singkat yang dilakukan oleh kami untuk bermain paintball. Plan last minit je tapi mendapat sambutan yg menggalakkan. Modal seorang hanya £8.00++ je.

Memang puas gila dapat main dari pukul 9 pagi sampai 4 petang. Ada banyak area/map kitorang dpt main. Antara operasi2 yang kitorang main ialah Defend Castle, Save Mr.President, Locate The Bomb, Raise Up The flag, Pyramid Bomb, Last Man Standing, and Steal The Flag. Majoriti semua mendapat kecederaan yang teruk termasuk aku yang cedera kat dua jari masa nak nyalakan Smoke Grenade. Abis melecur 2 jari aku. hahahaha. Bengkak2 tu perkara biasa lah sebab kena tembak jarak dekat. Yang penting semua gembira dapat main paintball. The best experience we ever had in UK!!!