BannerFans.com

Goodbye.

Friday, September 24, 2010

Bila mengenangkan pengalaman yg dilalui kat sunderland ni rasa sedih pulak nak tinggalkan.masuk tahun ni je dah dua kali aku sambut raya kat perantauan.macam2 tempat aku pergi seluruh UK ni.seronok tak terhingga.berjalan sana sini, kerja part time hantar pizza, main bola dgn org2 sini, main XBox sampai tak ingat dunia, macam2 lagilah.bertungkus lumus dalam menyiapkan thesis final project aku adalah pengalaman yg paling aku tak lupakan.bersengkang mata siang malam dengan perasaan yang tgh down.akhirnya 16 sept 2010 penat lelah aku berhasil.akhirnya aku dpt menggenggam BEng. Hons aku.aku puas.pengorbanan yang sangat berbaloi.

Sekarang tibalah masa aku perlu tinggalkan Sunderland.sedih tu memang sedih lah sebab byk yg aku pelajari sepanjang aku kat sini.kepada semua kawan2 yg masih ada di Sunderland aku nak minta maaf segala salah silap aku sepanjang duduk ngan korang.halalkan makan minum aku.kalau ada rezeki nnt kita jumpa di Malaysia.

Mode : Nak Balik Raya.

Monday, September 20, 2010

google images


Pejam celik pejam celik dah sepuluh raya dah. Masih ada lagi orang buat open house. Harap2 masa aku balik nnt ada open house. Aku mengidam nak makan makanan2 raya ni. Kat sini aku makan yang tak real punya. hahaha..

Berapa hari je lagi tinggal. Aku nak packing pun macam sedih2 je. Lepas ni tak tau nak dtg lagi bila. Mesti aku rindu dengan cuaca kat sini. Kadang2 jadi syok gak time sejuk2 nih. Duk dalam duvet sambil layan lagu. heheh. lepas tu online 24/7. kat malaysia takkan nak online 24/7. Byk lagi kerja boleh buat. Aku pulak sepanjang duduk sini macam2 benda orang kenakan aku. aku tetap bersabar je. nak buat macamana sebab aku jauh. memberi kepercayaan yang penuh dgn niat baik akan dibalas sakit. hipokrit. sempurna. aku pernah kena beb masa aku duduk sini. okay. cukup. titik. Aku dah nak balik dah pun. semua tu pengalaman. Kadang2 syok gak. haha.

Yang penting sekarang aku nak balik nak makan banyak-banyak. mood raya ada lagi ni. aku nak balas dendam. hahahaha. lepas tu aku nak pegi holiday tenangkan fikiran. boleh? nak ikut jom!

p/s: duit pound rate tengah jatuh ni. rugi la. aku bwk balik byk ni. haha

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Saturday, September 11, 2010

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga aku yg berada di Kuala Lumpur, seluruh sanak saudara aku dan tak lupa juga semua kawan2 yg mengenali aku. Aku ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki sekiranya ada apa2 kesalalahan yg telah aku lakukan baik secara langsung atau tidak langsung. Semoga sambutan raya tahun ini adalah lebih meriah dari tahun-tahun yg sebelumnya.hehe. Tapi keselamatan masing2 kenalah jaga ya. Memandu dengan berhati-hati dan ingatlah orang tersayang. I'Allah tahun depan kita dapat beraya bersama2 di Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Salam Perantau Dari Nor Hakim Abdullah.

p/s: Aku akan pulang akhirnya pada hujung bulan ini. hehehe :)
Alhamdulillah raya tahun ni rezeki aku melimpah2.

Cela.

Monday, September 6, 2010


Rabak mata ku,pena menari, tinta berdarah.
Rabak mata ku,pena menari-nari, tinta berdarah.
Kata membara-bara.

Masanya ku bernafas, ini terakhir kali. Puas sudah ku sesak dalam dunia sempit.
Dulu tersungkur kini berdiri, kau bermain api kini ku bakari.
Dulu menunduk kini ku celik, kau bermain api. Engkau mahu sempurna, engkau jadi sempurna.
Biar aku bahagia dengan cela ku.

Engkau mahu malaikat turun dari kayangan, biar aku bahagia dengan cela ku.
Mengapa tidak engkau cermin saja diri mu yang sempurna, mempesona?
Ku bahagia dengan cela.

Mengapa tidak kau bercinta saja dengan diri mu yang sempurna, mempesona?
Ku bahagia dengan cela.

Siapa yang mampu mencapai mahu mu bilamana kau juga seorang manusia?

p/s:Why so serious?HAHAHAHAHAHAHA - aku nak gelak macam Joker....R.I.P Heath Ledger aka The Joker.