BannerFans.com

Selamat Hari Lahir Emak!

Monday, March 12, 2012

11 Mac 2012 genap umur emak aku, Hjh Kamariah bt. Hj Ujang yang ke-62.

Kami sekeluarga telah membuat satu suprise party untuk emak di Pizza Hut Wangsa Maju tanpa pengetahuan emak. Semua strategi telahpun dirancang seminggu lepas dan segalanya berjalan dengan lancar. Tepat jam 12.30pm, perancang utama iaitu kakak aku telah membawa keluar emak dari rumah dengan alasan nak bawa makan tengahari kat luar. Aku dgn abg aku awal2 lagi dah keluar dgn alasan nak pergi majlis perkahwinan kawan kat Setiawangsa. Tapi aku sebenarnya nak pergi prepare dulu barang2 dan standby kat Pizza Hut.

Nak dijadikan cerita, pagi tu emak aku cakap dgn aku dan abg aku yang harini hari jadi dia. Aku dgn abg aku balas 'yeke mak? selamat hari jadi emak' dan terus je buat hal masing2 pagi tu - mandi, pakai baju dan terus keluar rumah. Aku perasan wajah emak aku terpinga2. Dalam hati aku sebenarnya kesian jugak tp rancangan perlu diteruskan.haha.

Tepat jam 1.00pm, emak pun sampai kt pizza hut dan tiba2 terkantoi pulak kereta abg aku yg satu lagi parking kat tepi pizza hut tu. Emak dah ternampak kereta abg aku padahal abg aku ckp dia balik kampung haritu - mak macam dah agak ada sesuatu yang akan berlaku. Dia dgn langkah perlahan dipimpin oleh kakak aku masuk ke dalam dan kami pun menyambut dgn ucapan 'SELAMAT HARI JADI MAK!'. Emak terus tersenyum dan nampak dia sgt gembira.

Kemudian perarakan 2 kek harijadi oleh staff Pizza Hut dgn diiringi oleh lagu Happy Birthday To You. Dengan dimulakan dgn bacaan doa, maka majlis pun dimulakan dan emak pun diraikan. Selamat Ulang Tahun yang ke-62 mak, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan kaya didunia dan diakhirat..