BannerFans.com

Nila Setitik.

Saturday, August 28, 2010


Macam2 kerenah orang zaman sekarang ni. Bila tengok balik rasa nak tergelak pulak. Ini semua pasal isu racism la ni. Orang melayu kutuk cina, cina kutuk melayu, india pun tak terlepas jugak. hahahaha...pening kepala gak la fikir. Bila aku terbaca pasal kes seorang pengetua sekolah berucap di perhimpunan sekolah dengan tak menapis mulut tu jadi aku terus rasa marah. Mana tak nya, sebab dia punya mulut je semua orang melayu lain jadi mangsa maki hamun bangsa lain. kalau dia senyap je mesti tak jadi masalah ni. huhhhh..pangkat dah pengetua tapi berucap dikhalayak ramai tak boleh menggunakan akal dengan waras. Kamu tu duduk di negara berbilang kaum. Jangan jadikan isu perkauman sebagai nak lepas tekak je. Tapis2 la sikit.

Agak2 kalau dia ada kat UK baru dia tahu mcmana. Orang2 kat sini bukannya suka dgn bangsa lain. Mau kena maki hamun cikgu tu.hehehe..Orang sini tak suka bangsa lain cari makan kat tmpat diorang. Jadi kita kena pandai hormat-menghormati bangsa lain bila kita duduk di negara berbilang bangsa ni. Tapi tak menjadi masalah kalau kita bekerjasama. Jangan fikir kita selesa dinegara kita je tapi bila berada ditempat orang kita di layan seperti anjing. Baru nak menyesal agaknya cikgu tu kalau berada kat tempat aku berada sekarang. Dipandang hina sama taraf macam orang bangladesh dan indonesia. Tapi orang bangladesh kat sini pun lagi tinggi taraf dari orang melayu malaysia tau tak.

Aku cerita ni bukan pasal aku tak mahu berbangga dgn bangsa sendiri tapi perlu di ingat kita takkan maju kalau kita asyik menyalahkan bangsa lain je. Kalau kena kat batang hidung sendiri barulah nak menangis tak berlagu. Pengalaman selama aku berada di tempat orang ni byk mengajar. Tak guna kalau kita mengungkit kalau bangsa melayu sendiri belum maju kehadapan. Hormat menghormati lebih baik dari kita memecah belahkan bangsa2 lain. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata buruk padahnya. Aku sedih betul bila tengok seorang yang professional ni bercakap tak bertapis.

Kita sebagai bangsa melayu perlu menggunakan pendekatan yang lebih khusus dalam menyelesaikan masalah2 ni. Kita selesaikan dengan cara yang lebih profesioanal bukan dengan cara hanya melepas batuk ditangga. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Aku malu dengan kawan2 aku yang berbangsa lain. Aku bangga dengan bangsa aku Melayu tapi jangan kita mulakan pertelingkahan ini takut kerana melarat sehingga melibatkan agama islam yang tercinta. Wallahualam...

4 komen:

kechik comey said...

pengetua ko tu x ade etika...

mr.donut said...

haha.bukan pengetua aku le kecik.
pengetua mana sekolah ntah.

Mr feckry said...

sbab mulut badan binasa

mr.donut said...

betul tu yong.takut2 nnt melibatkan agama pulak.MasyaAllah...