BannerFans.com

Cerita Itu Ini 1

Monday, April 27, 2009

Dah seminggu aku tak jenguk blog ni.Aku nk tulis perkara2 yang berlaku kat aku..

Ok aku tulis laju2

Satu.

Aku pegi mid-valley aritu dgn kawan aku.Aku singgah la kat reject shop nk tgk2 baju.Sekali aku jumpa t-shirt collar Fred Perry memang cun dan murah.aku belek2 ape yang reject nye, xde pun, ok je..Corak belang2 warna oren memang jadi pilihan.Aku takut nnt kalau aku dtg balik nak beli baju tu dah abis.Limited tu.Nasib2 je.Tapi yg sangat x mengizinkan ialah wang dalam poket.Kalau aku beli kang nk makan xde duit.Memang duit nk guna beli bende lain.Arghhh…Tunggu gaji la jawabnya..

Dua.

Selangor vs Kelantan final piala FA.Aku x tengok pun walau kat tv sekalipun.Sebab rumah sepupu buat kenduri kat sentul.Dia dah kahwin.Yang kat dalam rumah ramai gak yg tgk kat tv.Aku malas nk masuk sebab penuh (memang tanak masuk pon).Aku dengar orang bersorak gol je.Tau-tau Selangor menang penalti.Hahaha…

Tiga.

Comeback yg menarik!!MU menang besar!Yang ni aku memang tgk kat tv sampai habis.Game start kul 12 lebih.Hahaha..Tapi terkedu kejap separuh masa pertama.MU dah kena 2 bijik.Haiya…Masa second half memang cantik..Lepas je penalti masuk sebijik, game MU tactical balik..Dalam masa 25 minit MU boleh buat 4 gol.Memang seronok ah aku..Final Score MU 5 – Spurs 2.

Empat.

Hari ini aku baca satu blog, pasal entry tajuknya “kenapa wujud semangat anti Malaysia”.Ya!..memang benda tu sudah lama aku terfikir.Puji kat Nami pasal mambangkitkan perkara tu.perkara yang memang aku setuju.Kadang2 aku kongsi perkara tu kat member2 aku..Sifat perkauman ni di mulakan oleh British tu sendiri.Credit to Nami.

Tamat.

Malang sungguh!

Wednesday, April 22, 2009

Hahaha...Hari ini aku ngan hadi baru ingat nak merempit pergi kerja naik motor hadi, tapi motor tetiba buat hal plak kat MRR2 Ampang.Enjin mati tiba2 xbleh start..Aku ngan Hadi dah cuak gile ah..bajet enjin motor jem..mane x nya, bila nk start enjin je tak mau hidup..banyak kali try tak boleh jugak..Apelagi menolak la smpai Taman Nirwana..Sempat singgah minum dulu kat mapley pekena teh o suam dulu sambil mengenangkan nasib pagi Rabu ni..haha..masa tu baru pukul 8.20 pagi.Nak call office pun xde orang lagi..sebab masing2 masuk kerja kul 9..Pagi2 dah berpeluh macam main futsal.Lepas minum tu aku ngan Hadi sambung perjalanan ke kedai motor..menolak lagi motor sejauh 3 km.

Bertambah malang lagi bila dah jumpa kedai motor belum buka lagi..fuhh menyirap darah..Tokey kedai ni nk meniaga ke tak ni?Tunggu lagi setengah jam baru la kedai tu buka..Kitorang adalah pelanggan pertama hari tu.Senyum lebar tokey tu tengok..Kitorng pun ckp la enjin mati tengah jalan kat MRR2 td..Yang paling tidak dapat masuk akal bila tengok tokey tu start enjin tu selamba je hidup..Aku ngan Hadi penuh dengan keinsafan bila tgk enjin motor tu hidup sebab ingatkan tadi ini masalah besar..kitorang kena *keledek ngan motor tu rupanya..Tokey tu cakap "xde masalah pun bro"..hahahah...Rupa-rupanya minyak hitam motor tu dah kering..takde ape yang rosak pun.Enjin motor tu jem panas je..Hangin satu badan la bro..Lepas tu apelagi terus tukar minyak hitam dan terus blah..Sempat balik rumah hantar motor pastu naik kereta pulak..Sampai keje lambat gila..Nasib2..

*keledek - kena tipu/dipermainkan

happy kerja..

Monday, April 20, 2009

Sudah seminggu aku cuti sebab demam teruk kat umah..Hari ini isnin aku mula balik kerja seperti biasa..Apalagi, banyak la drawing2 yg nk kena tgk2 balik..kerja2 designer ni penat kepala otak tau x.nasib baik Hadi ada bleh tolong2 tgk masa aku x datang tu.dia pun dah semakin advance buat design ni..Dengar cerita pulak harini bos besar xde kat ofis sbb dia nk pegi Italy sbb ada ape ntah kat sana..Ape lagi enjoy la seminggu ni rakyat2 marhein dalam ofis ini..haha..

The Fast and The Furious 4

Thursday, April 2, 2009





New Model. Original Parts. Itulah tagline tuk filem terbaru arahan Director Justin Lim. Hari ni filem ni release kat seluruh Malaysia. Filem aksi ni masih mengekalkan hero2 dari filem sebelumnya seperti Vin Diesel, dan Paul Walker. Memang best lah klu tengok trailer filem ni. jauh berbeza dari filem evolusi kl drift arahan anak yusof haslam tu (memang xbest pun cite tu..hahaha..xde kualiti.nak tiru konon).bukan nk kutuk2 tapi memang betul an??cinta je lebih..skarang ni mari kita serbu panggung seluruh negara tuk tgk cite aksi 2009 yang memang banyak dengan aksi2 yg menarik untuk ditonton oleh semua.Ape lagi jomlah..