BannerFans.com

Erti.

Wednesday, May 12, 2010

dulu aku selalu tertidur,
dulu aku selalu terleka,
dulu aku selalu mengikut,
sehingga ada yang menegur,
ada yang menggoncang aku...
kalian bertanya.
mana pendirianku?
ohh.aku tersedar dari itu.
percaya pada hatimu,
kerana hati tak pernah berbohong.
selayaknya sebuah buku,
bagaimana kita bisa tahu isinya jika kita tak pernah mencuba untuk membacanya,
jadi percayalah...
dan bangkitlah dari segala kegelapan..
kini kau telah meraihnya..
kerana hidup tidak berjalan mundur,
tidak pula berada di masa lalu...
dan biarlah waktu waktu itu berlalu mengganti musim baru,
biar musim ini merangkumi musim yang lalu..
sepatah kata, waktu menentukan erti kehidupan.
-nh-

p/s: buat apis (embunditengahmalam), hah ni yang kau minta td.aku tak byk sgt membaca.hehe.orait.=)

2 komen:

Hafiz Yusof said...

(tetiba aku terlintas nak tulis ni)kalau kau tak paham..aku jer kot paham,,heheheh..sbb mengarut..



saat tersadung
menukar arus dimensi
kejora menjadi kelam
bendalir menjadi lesu

kini

kembali bangkit
berpijak pada kenyataan
dongakan semakin layu
mengengam lumat mempasak nawaitu

kini menepuk dada
bertanya kisahnya
warna warni hidup
digumpal menjadi satu
terungkai persoalan


pejam kan mata
tenangkan akal
pikir sejenak

"jatuh dan bangun itu mendewasakan insan"

mr.donut said...

terbaik!
two thumbs up!