fokus
Tuesday, May 11, 2010
adakah aku ni merasa terpaksa untuk menggembirakan dan menenangkan hati?apa lagi yg perlu aku buat sekiranya masih lagi dianggap tidak sepatutnya.mendiamkan diri adalah lebih baik sebenarnya tetapi bagaimana sekiranya aku perlu menghadapai exam yg semakin dekat?.aku perlu bergerak melakukan sesuatu.perlu bercakap dgn orang atau kawan.aku perlu gelak dengan kawan - bercerita dan bergurau sesuatu yang lucu.mendengar lagu-lagu dari mp3 aku.kerana ini semua bukan aku suka-suka inginkan.kadang2 setiap petang bermain bola bersama2 kawan-kawan mat saleh kat padang - seronok bermain dgn orang tempatan yg friendly.ini adalah satu terapi yang bagus bagi aku untuk memfokuskan sesuatu.
sekarang aku perlu berada dalam mood yang baik untuk memfokuskan study aku.hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi untuk aku mencapai cita-cita aku.kerana aku menganggap tiada yang mustahil untuk aku capai sekiranya aku berusaha dan bertawakal dengan sepenuh hati.aku bukanlah seorang yg bijak dan pandai dalam pelajaran.pernah dulu aku dihalau dari kelas sebab melawan cakap cikgu.malah di maki hamun.aku tau aku ni nakal ketika di sekolah.bergaduh ketika di sekolah dan macam-macam lagi.keputusan SPM aku pun teruk - mungkin betul doa cikgu itu yang tidak menghalalkan ilmu dia kat aku.aku tak faham cikgu jenis apa ni.tak ikhlas mengajar kot.aku tak pernah berputus asa.
aku mengambil jalan lain untuk aku meneruskan cita-cita aku.walaupun mengambil masa yg panjang untuk ke peringkat ijazah aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang.impian aku untuk melanjutkan pengajian di luar negara tercapai.aku hanya perlu berusaha untuk menghabiskannya.bersyukur kepadaNya atas apa yg dikurniakan kepada aku.
sangat tidak dilupakan kawan-kawan di malaysia tak kiralah kawan dari sekolah rendah,menengah,ikbn,gmi,uni of sunderland yang banyak memberi aku kekuatan dan keyakinan pada aku.juga kawan-kawan dan orang tersayang yang aku kenal sepanjang aku hidup sehingga hari ini.terima kasih.aku sayang semua!mungkin sekarang ini aku merasa sangat terharu bila mengingatkan balik kenangan-kenangan aku dulu.biar yang buruk ataupun yang baik.
terlalu banyak pengalaman yang aku lalui.ini sangat mematangkan aku.aku bersyukur.aku berasa puas meluahkan sesuatu dalam hati yang terpendam dgn cara ini.masa pantas berlalu.aku tidak punya masa lagi jika terus terleka.fokus!
Labels:
sunderland
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
pengalaman mendewasakan kita..
hakim..hakim mmg xprnh mengenali aku.tp,aku mengenali hakim krna hubngn hakim dgn seseorg baru2 ini.hakim, bila aku tau yg hakim in love dgn dia,dlm hati aku..habisla..sorg lg menjadi mangsanya,.hakim sepatutnya bersyukur krn ALLAH telah tunjukkan siapa sbnrnya dia.sblm hubungan kalian menjadi lebih jauh.tidak ada apa yg perlu dikesalkan hakim.hakim blum mengenal siapa dirinya sbnr,klula hakim tau..pasti hakim menyesal krn pernah mengenalinya.oleh itu,nsht aku fokus sj dgn study,krn ilmu itu jauh lbh bernilai.
terima kasih =)
Post a Comment