BannerFans.com

maaf

Thursday, May 6, 2010

sejak akhir-akhir ni memang aku sedang bergelut untuk menyelamatkan sesuatu yang aku anggap sangat serius.selagi aku terdaya, selagi aku belum menutup mata aku akan berusaha memperbaiki dan terus bertahan.keadaan aku yg keseorangan jauh dari keluarga dan kawan-kawan membuatkan aku rasa perlu tabah dalam menghadapinya.
ya! beribu batu jauh aku pergi kerana ingin mengejar cita-cita aku.aku sendiri yg mengambil risiko ini untuk tinggal jauh dari segalanya demi cita-cita.aku perlu tabah.bila berjauhan saja mulalah aku emosi.kadang-kadang emosi ini datang secara tiba-tiba tanpa disedari.
aku minta maaf!
aku masih perlukan kau bersama-sama dengan aku.mungkin ini balasan tuhan kepada aku dari dosa-dosa yang pernah aku buat dulu.'Ya Allah, kau panjangkanlah umurku dalam keadaan yg beriman, kau pendekkanlah umurku juga dalam keaadan yg beriman'.
aku perlukan pertolongan.perlukan sokongan.aku tak kuat nak menghadapi ini sedang aku tiada siapa-siapa disini.aku sangat mengharap dari kau supaya mempertahankan ini bersama-sama.
sangat mengharap!
masa terus berlalu.banyak sudah aku lalui.banyak sudah salah yang aku buat.aku mengaku.aku tak pandai dalam menguruskan hal-hal remeh ini.dari masa-masa inilah aku banyak belajar memahami kau walau banyak lagi aku belum faham dan ia sangat mematangkan aku.
tapi itu usaha aku.usaha yang aku anggap sangat penting untuk ini.
masih lagi tengiang2 di telinga aku.saat kau bercakap sesuatu dengan aku yang kita anggap benda ni sangat serius.aku suka.dari sejak itu aku ingin bertanggungjawab dan berusaha mempertahankan kerana aku tau setiap kata-kata memang mudah diucap tetapi untuk melaksanakan memerlukan pengorbanan yang tinggi.
dari mula lagi aku membuang perasaan-perasaan negatif dan membiarkan minda aku terbuka untuk memberikan aku keyakinan dalam diri.tapi terkadang sikap cemburu itu tetap ada.ikhlas dari aku.walau aku tau kau menganggap yang aku ini tidak akan dapat faham tentang kau.tapi aku tetap bersungguh-sungguh.
tiada siapa dipersalahkan dalam hal ini.aku masih ingin mempertahankannya!tidak ada sedikit pun dalam hati aku ini terlintas untuk pergi.aku nak kau tau yang aku tak pernah berniat untuk menyakiti hati kau.aku mintak maaf sekali lagi.

5 komen:

Mr feckry said...

sabar kem..camni la ko jumper alex fegerson..tanye die nak pakai keeper tak?

Hafiz Yusof said...

van der sar kuat lagi yong

mr.donut said...

van der sar masih gagah yong.akademy under 12 nk pakai keeper.amacam jadik?

Hafiz Yusof said...

kim masalah cinta ke?

mr.donut said...

;)