BannerFans.com

Bersiar dengan kawan-kawan.

Monday, May 24, 2010

Sekarang ni bila aku imbau balik pasal sekolah mesti aku teringat pasal kes gaduh dengan geng-geng macha.HAHAHA.kepala aku pernah jugak rasa tapak kasut. bukan sebab kena penyepak orang tapi kena baling dgn kasut.cilake punya macha.main baling-baling pulak.pastu lari sembunyi tangan. aku ape peduli pun. 2 - 3 orang geng dia dah kena belasah dengan aku dan budak2 ni. cehh, kena baling kasut je pun – kasut penguin lak tuh.bukan pasal gaduh ni yang aku nk cerita sebenarnya.itu sebahagian dari pengalaman masa sekolah je.sekolah sebelum aku masuk teknik.

Tiba-tiba je aku syok pulak mengimbau kenangan lama ni.ni semua pasal facebook ler.kenapa ntah akhir-akhir ni ramai pulak budak2 sekolah yg aku jumpa dalam ni.yang hensem,yang gagah,yang sotong,yang cantik,yang hot,yang meletopz,yang merah mak ngah,yang tinggi,yang putih,yang free hair,yang bertudung,yang bekerjaya dan macam-macam yang lagi lah.yang pelik nya, kebanyakannya aku kenal diorang tapi ada je yang tak kenal aku.puas aku kenalkan diri barulah diorg kenal.

Kebiasaannya ayat ni yang keluar “patutlah aku tak cam kau. pics kau nmpak lain. kau dah putih ler hensem plak tu”. *aku tersipu-sipu malu ahh.hahaha.

Itu orang yang cakap bukan aku yg cakap okay!

Pastu pulak yg peliknya time aku bukan kat Malaysia baru lah jumpa dak2 ni dalam facebook. barulah masing2 sibuk nk buat reunion lah, makan-makan lah, mandi-manda lah, pegi holiday lah, ajak ngeteh lah *ada gak yg keliru ape itu ngeteh. macam-macam ahh.korang tau tak maksud menyirap?ada org cakap itu minum sirap.apa apalah.memang menyiraplah wehh.mana tak nye. Aku dah la jauh. jadi mana boleh aku terlibat dengan aktiviti yang sihat itu.

Yang best tu aku telah di ‘tag’ dalam gambar masa mereka-mereka lepak bersama.best dohh menganjing aku yang lonely kat sini – cibs la korang! seronok pulak rasa main komen-komen kat gambar2 yg di’tag’ tu. tetiba aku dapat rasakan yang kawan-kawan ni lah yang boleh buat aku rasa best,gembira,seronok,tergelak sampai barai bila main komen-komen ni.aku dah tak payah nak fikirkan orang lain dah – yang dulu aku pernah di benci sbb suka sgt main janji2 ni.sikap aku yang bukan disengajakan *harap dah tak benci lagi. dah lepas. =)

walking together - you'll never walk alone.

Cerita sekarang ni aku dah mula tersenyum okay!sebab sekarang aku dah mula jalan sama-sama dengan korang. jalan ramai-ramai. korang memang cool,sempoi, dan apa apa lah.yang bestnye, ada sorang ni aku dah anggap sebagai BFF aku.itu yang best sekali. nama dia aku letak sebagai HH je *memang nama sebenar. hahaha. aku kenal dia. tapi dulu aku tegur pun tak pernah.dia pulak boleh cakap tak kenal aku.kecoh sial,hahaha. tapi memang satu batch.padahal kawan dia kenal aku sangat-sangat.dah nk dekat sepuluh tahun kot lost contact.dah la tak pernah tegur tapi last-last dia pulak yang banyak bagi aku semangat dan dorongan. aku suka cara dia.dan aku tau dia pun suka cara aku.betul kan HH? hehehe. tetiba aku rasa nak balik Malaysia pastu salam tangan kau cakap terima kasih. kau memang BFF aku ahh. kau suka tak?

p/s: aku tau kau suka kucing kan HH?ambik kau gambar kucing ni.sebab aku pun suka kucing.

7 komen:

Balqish said...

salam ziarah.
masih duduk dekat negara ais lagi ke?
(O_0)


kalo gitu agak mereka ngopi saja laa dalam fb.

mr.donut said...

ya.masih lagi disini.i'Allah tak lama lagi abis.dalam sebulan 2 ni je.

hehehe =)

myQza said...

poskan aku sekor dua kucinG!!

kucing sudah tinggal sekor!! :(

mr.donut said...

si tedi:waaa.kat sini dah la susah nak jumpa kucing.
kalau jumpa mesti yang gemuk *gemuk yang terpaling-paling gemuk.haaa
rasa nak curi je.
kau jgn sedih lagi.chill. =)

Hani said...

pewiiittt
hehhehheee
yela spe yg kenal donut mase tu
nway ramai name yg aku keal dlm ni
hehhe plg best
credit to HH

mr.donut said...

yeah.credit to HH
tocey tocey!

Hani said...

to si tedi :

saya ada byk kucing..awak nak ke?
sbb saya pun xmo kucing2 tu terbiar kt rumah..xde spe jaga dah.
location : melaka